Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada
sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya
peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya,
hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W.
Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi
berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang
puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan
cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap,
mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar
Fatimah.
”Allah mengujiku rupanya”,
begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu
Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat
dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan
RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan
Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti
maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa
banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu
Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash,
Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti
’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang
dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan
siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar,
insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari
keluarga miskin.
”Inilah persaudaraan dan
cinta”, gumam ’Ali.”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan
kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”
Namun, sinar masih ada
buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi.
Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian
itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar
Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia
pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan
keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang
dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka,
seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.
Ya, Al Faruq, sang pemisah
kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar
sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar,
aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”.
Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana
dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala
perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah
sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak
peminangannya?
Pada suatu hari Abu Bakar
As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul
Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara
lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar
As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu
kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar As-Shiddiq
menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a.
melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat
ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirahat
sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali
engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta
mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada
pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa
orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting
puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa
persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa
sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan
mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan
RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar
r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali
r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang
semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi
Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang
satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a. terharu
mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a.
Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi
Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan
belaka!”
Setelah berlangsung dialog
seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk
melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa waktu kemudian
Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang
berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu
Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul
Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang
dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”