Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Friday, November 28, 2014

sosok-sosok pencinta

Diantara puncak cinta pada Allah, orang yang mencintaiNya tidak kuasa melihat manusia bermaksiat dalam Hak Allah Mereka ingin semua Manusia mencintai Allah, kerana mereka tahu cinta Allah sangatlah Indah.


Cinta semakin bertambah hingga ia benar-benar menjadi Hamba, menjadi khusyuk didalam sujudnya, melakukan solat lail sampai air matanya mengalir bercucuran, kedua tangannya menengadah ke langit, merasakan gelora cinta, dekat dengan Allah.
qaf:16 ” Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. dan Kami lebih dekat dari pada urat lehernya”

Cinta Nabi Musa pada saat ia berkata:
”Dan aku bersegera (menuju) kepada-Mu, Tuhanku, agar Kau meredhaiku (Thaha:84)

Cinta Nabi Ibrahim pada saat ia berkata:
" Dan ia(Ibrahim) berkata, ‘Aku pergi pada Tuhanku, Dia akan menunjukiku' (Shaffat:99)

-Tidaklah aneh hamba mencintai Tuannya, tetapi sungguh aneh Tuan yang mencintai hambanya.

"wahai Pmbolak-balik hati, tetapkanlah hatiku dalam agama-Mu"



Read More »

Monday, August 27, 2012

Cinta itu milik siapa


Love come in two ways... from our brain or our heart.. if it come from our brain, we have to check ourself.."the true love come from the pure heart".. guide the love for the sake of Allah... The Best Love is When You Love Someone... who makes your imaan rise... who make you more pious... and who helps you more in the dunya... because that person want to meet you again.... in Jannah

Aku tidak pandai bercinta…aku bukan seorang yang pandai menilai cinta... aku Cuma ingin bercinta dan di cintai… cinta itu penuh dengan rahsia, penuh nilainya… cinta bukan hanya dengan kata, bukan hanya dengan apa yang di korbankan..jangan pernah menghukum cinta.. cinta itu ada caranya, dan hargailah cinta itu sebenar-bernarnya…cinta itu mulia.. siapa yang lebih tahu tetang cinta melainkan hanya yang maha mencintai… cinta itu milik Allah..

Cinta itu di tuntut… cintailah semua orang, ibu bapa kita, saudara, sahabat handai dan sebagainya.. cintai tidak semestinya dibalas dengan cinta..biarlah kita mencintai tanpa menginginkan pembalasan atau balasan cinta kembali…

" Barangsiapa ingin memperoleh kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang hanya kerana Allah SWT. "

Cinta itu tidak cukup hanya kita simpan di dalam hati… cinta itu tidak salah di ungkap dengan cara yang betul.. dan cinta itu tidak cukup dengan kata-kata sahaja..

" Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia mencintainya. "HR Abu Daud dan At-Tirmidzi


Boleh jadi juga cinta itu di dalam diam.. cintailah seseorang itu secara diam-diam, seperti kisah cinta suci Saidatina Fatimah r.a dan Saidina Ali k.w, yang akhirnya Allah pertemukan jua. sesungguhnya mereka yang mencintai secara diam itu sedang berjihad. berjihad menentang kehendak diri. menundukkan nafsu hati

Hebatnya cinta nabi Muhammad S.A.W bersama Siti khadijah, cinta saidinina Ali bersama Siti Fatimah… pohonlah pada Allah cinta yang mulia di sisi Nya…cinta itu perlu, dengan cinta kita dan merasa manisnya iman..

" Ada tiga perkara dimana orang yang memilikinya akan merasakan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan rasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan untuk menjadi kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana enggannya kalau dilempar ke dalam api. " HR. Bukhari dan Muslim

Ya Allah… aku ingin bercinta dengan Mu.. mencintai dan dicintai yang sebenarnya..kurniakan cinta yang mulia… cinta itu milik Allah..

Pandulah cinta kita dengan cara yang betol..jangan sampai kita dibohongi cinta itu… pohon pada Allah moga di bimbingnya dengan kasih sayang dan rahmatNya..

" ( Walaupun demikian ), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah ( untuk menjadi ) sekutu-sekutu ( Allah ), mereka mencintainya, ( memuja dan mentaatinya ) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta ( taat ) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman ( syirik ) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, ( nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu ). " Q.S Al-Baqarah : Ayat 165



Cinta itu berkait rapat dengan iman… cinta itu indah..janganlah kita mengotori cinta itu.. bila cinta dan iman itu sebati.. maka hebatlah jadinya..

" dengan dua sayap inilah (cinta dan keimanan) Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan. "

Allah lebih tahu apa yang tersemat di dalam hati kita, di dalam dada kita… apa yang kita sembunyikan dan apa yang kita zahirkan.. Allah maha mengetahui.. cintalah Allah melebihi segalanya… dan pandulah cinta itu sebaik-baiknya…

Dari Abu Hurairah RAa, Rasulullah SAW bersabda;
" Demi zat yang jiwaku ada dalam genggamanNya, kamu sekalian tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling mencintai. " HR Muslim

“Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu.”

Jatuh cinta lah kepada Allah… Fall in love with ALLAH and your heart will never be broken, your love will never be wasted because He is the Loving One (Al-Wadud)


“…cinta itu milik Allah… kasih dan sayang ini juga milik Allah..maka cintalah Allah..pasti Allah berikan cinta yang agung…”

Akhir kalam… "andai mahu bercinta, bercintalah sampai ke syurga-Nya"

The best love is when you love sumone who makes your imaan rise... who makes you more pious… and who helps you more in dunya... because that person what to live with you together and meet you again….in jannah… inshaAllah…



Dari aku yang tidak pandai bercinta… yang pasti CINTA ITU MILIK ALLAH



Read More »

Saturday, August 11, 2012

Allah give and forgive :’)


Tika mencuba untuk bersabar pada saat keadaan sekeliling menuntut diri untuk marah, kita berlawan dengan nafsu, akal waras dan iman;

NAFSU: Kau perlu marah! Dia dah melampau! Jangan sampai dia pijak kepala kau!

AKAL WARAS: Kalau nak marah, marahlah. Tak marah pun tak apa. Mana yang terbaik untuk kau, buatlah.

IMAN: Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Dan keimanan seseorang mukmin itu dinilai apabila dia mampu mengawal dirinya semasa marah. Tak payahlah marah. Allah tu Maha Adil. Dia mendengar doa hamba-hambaNya yang dizalimi. Ada hikmah semua ni terjadi. Allah nak kau jadi lebih sabar. Sabarlah ya. Makin sabar, makin Allah sayang :)


“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Surah al-Ankabut, ayat 2)

Ya,ujian itu Allah SWT turunkan dengan tujuan untuk menguji keimanan kita. Dan, setiap kesulitan itu datang dengan penuh berhikmah. Lalu untuk apa kita marah jika ujian yang Allah timpakan itu adalah bertujuan untuk kita lebih dekat kepadaNya? Hatta, bila mana orang membuat kita marah, itu pun adalah satu ujian daripada Allah SWT. Maka,bersyukurlah. Bersyukurlah kerana kita ini adalah antara hamba-hambaNya yang terpilih untuk dicintaiNya dan diberi peluang untuk mencintaiNya. Bukankah Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengetahui? Percayalah, semua yang berlaku itu ada hikmahnya. Kadangkala, kita boleh berfikir sendiri tentang hikmah sesuatu ujian itu.

La illaha ila anta, subhanaka, inti kuntu minaz dzalimin.

(Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah, Maha Suci Engkau, dan aku tergolong dalam hamba-hambaMu yang menzalimi diri sendiri.)

Sabarlah dalam bersabar.


Read More »

Monday, August 6, 2012

Motivasi: Sebelum Aku Bernikah: Ummi Abah, Hilal Mahu Kahwin.


Di dalam hidup ini, ada beberapa kali saya meluahkan kepada Ummi dan Abah bahawa saya mahu berkahwin. Saya tidak pernah segan untuk berbicara perihal itu dengan Ummi Abah saya. Saya tidak pernah takut jika mereka menolak, dan tidak pernah rasa rendah dengan pandangan-pandangan yang diberikan mereka.
Satu perkara yang saya respect dengan Ummi Abah saya, adalah mereka mendengar.
Itu satu perkara yang positif, yang saya kira patut dicontohi oleh ibu bapa hari ini. Bukannya terus mengherdik anak sebagai gatal, bukannya terus marahkan anak kemaruk, dan sebagainya.
Menghormati Ummi Abah yang sudi mendengar, saya pula mempersiapkan diri saya untuk mendengar pandangan mereka. Begitu. Apa pun pandangan mereka dalam hal ini, saya akan dengar, analisis, bukan terus memberontak tidak puas hati.
Kerana saya faham, saya masih muda.
Perlu ada keseimbangan semangat saya, dengan hikmah yang ada pada kedua Ummi Abah saya.
Hilal Mahu Kahwin.
Semasa saya cakap fasal perkahwinan dengan Ummi dan Abah, Abah adalah yang santai. Abah sekadar cakap, saya masih muda dan orang yang saya cinta juga masih muda. Abah pesan, agar diberikan masa.
Ummi pula, lebih kepada bagaimana mahu meneruskan hidup.
Ummi ada sebut bahawa jika mahu berkahwin, sediakan terlebih dahulu RM20,000.
Dan pada masa yang lain, Ummi sebut pula RM40,000.
Saya tidak bersama dengan remaja seangkatan dengan saya, yang jika Ibu Bapa berkata demikian, maka mereka akan mengangkat dalil-dalil betapa kahwin awal adalah digalakkan, dan betapa perkahwinan sederhana adalah apa yang agama anjurkan.
Saya ketika itu, melihat pandangan Abah dan bicara Ummi, dari satu perspektif yang berbeza.
Saya tidak nampak mereka ‘menghalang’ saya mahu berkahwin.
Tetapi saya nampak, mereka sedang ‘mendidik’ saya yang mahu berkahwin.

Mabuk Cinta dan Masa.
Kita ini, bila sudah jatuh cinta, kita biasanya akan jadi ‘mereng’ sedikit. Ketika itu, rasa orang yang kita cinta itu seperti bidadari daripada syurga. Kalau yang perempuan, rasa seperti malaikat yang turun daripada langit.
Kalau yang bercouple, lagi jauhlah perginya. Hatta yang tidak bercouple, yang syok sendiri macam saya ini pun, seperti terangkat ke langit buatnya bila serius mahu mencintai seseorang.
Maka adalah relevan pesan Abah, untuk diberikan masa. Bukan semata-mata untuk saya membesar. Tetapi adalah untuk diberikan kepada akal dan jiwa saya ini ruang untuk berfikir dengan lebih panjang, dan mempertimbangkan pilihan saya.
Mahu hidup sampai mati bersama. Susah senang bersama. Sakit sihat bersama. Mentarbiyah diri bersama. Membina Ummah bersama. Maka semestinya perlukan pertimbangan. Bukan sekadar dipandu perasaan.
Ummi ada berkata kepada saya masa itu:
“Awak belum jumpa ramai orang lagi. Nanti awak jumpa ramai orang, mungkin awak berubah fikiran.”
Saya tidak memberontak dengan berkata: “Apalah Ummi, orang suka kat dia!”
Tetapi saya sekadar diam dan mengakui, ada relevannya dalam kata-kata Ummi. Benar, belum jumpa ramai orang. Saya jatuh cinta semasa saya masih tingkatan enam atas. Dalam keadaan, perempuan yang saya cintai tidak mengetahui. Sebab itu, mengambil nasihat Ummi Abah, saya berikan diri saya masa. Walaupun saya meluahkan perasaan dan hajat say akepada abang perempuan yang saya cintai, saya tahu abangnya tidak mampu membuat keputusan, menyebabkan saya rasa memberitahunya adalah keputusan yang selamat. Sekadar mahu ada keluarganya yang tahu, agar kalau ada apa-apa, boleh diberitahu kepada saya. Kalau apa-apa berlaku pada saya, berubah hajat, maka memberitahu seorang abang, tidaklah sesukar memberitahu kepada Ibu Bapa.
Saya amat sedar. Maka saya berikan diri masa.
Bila sampai ke Jordan, di situlah tapak muhasabah saya. Saya akan sembangkan perihal saya di Jordan dalam lembaran lain. Sekadar fokusnya di sini, betapa saya memandang memberikan masa kepada diri itu penting.

RM20,000. RM40,000.
Saya tidak memandang Ummi saya mata duitan. Tidak pula saya memandang Ummi saya seorang yang inginkan perkahwinan mewah. Bukan kerana itu dia sebut angka-angka tadi.
Tetapi ingin menyedarkan saya, betapa duit adalah perlu dalam kehidupan hari ini.
Ya, kahwin boleh murah-murah.
Tetapi hidup tetap mahal dan menekan. Mungkin ikut tempat. Tetapi mustahil semua mampu hidup di kampung. Tuntutan hidup akan membuatkan manusia ada yang perlu memilih untuk hidup di tengah kotaraya dan bergadang dengan segala tekanannya. Dan hidup semakin hari semakin mahal dan menekan.
Maka tanpa persediaan kewangan yang baik, tanpa usaha untuk mencapai kemampuan berdikari, adalah satu ‘terjahan’ kurang bijak bagi mereka yang menganggap cinta adalah hendak bersama ke syurga.
Ummi mahu mendidik saya agar mencapai kemampuan itu. Maka kerana itu, saya lihat dia menyebut angka-angka tersebut. Saya jadi lebih yakin kerana, Ummi ketika saya menulis artikel ini, sibuk menawarkan diri untuk menaja itu dan ini bagi majlis perkahwinan saya. Nyata, dia bukan mahu pun duit saya. Tetapi semasa saya minta untuk berkahwin, dia menyebutnya agar saya rasa keperluan untuk mencari wang sendiri. Membina kemampuan.
Ummi tidak memperlekehkan saya dengan ayat seperti: “Kau nak bagi anak orang makan apa? Pasir?” Tidak.
Tetapi Ummi memberikan saya ‘aras’. RM20,000. RM40,000. Seakan-akan, jika saya mampu capai wang itu, dia benarkan saya berkahwin. Dan itu membakar semangat saya untuk berusaha!

Remaja Hari Ini
Hari ini kita tahu bahawa hal seperti nikah khitbah, kahwin awal, majlis kahwin murah, diangkat-angkat remaja hari ini yang ingin berkahwin. Bukanlah saya mahu nyatakan semua itu salah dan tidak patut dibuat. Dari satu segi, semua itu benar.
Tetapi saya rasa, kurang sihat untuk kita angkat isu nikah khitbah, kahwin awal, majlis kahwin murah, untuk sekadar memenuhi kemaruk cinta kita. Bagi yang tidak kemaruk itu, yang benar-benar menjalani jalan cinta ini dengan baik, dan benar-benar perlu bernikah khitbah, perlu kahwin awal dan punya perancangan akannya, dan inginkanmajlis kahwin yang murah kerana ingin mengikuti anjuran Islam, itu nyata baik!
Silapnya adalah apabila kita gunakan ini semua, sebagai hendak menghalalkan ketergesaan kita dalam hal ini. Saya sepanjang menjadi penulis, orang mula mengetuk inbox saya bertanya pelbagai soalan. Antaranya, adalah remaja-remaja yang terkilan dengan Ibu Bapa mereka kerana menyatakan mereka masih muda dan tidak berduit untuk berkahwin. Mereka mula meminta saya mencari dalil-dalil, agar ibu bapa mereka membenarkan mereka berkahwin.
Saya yakin, ada sahaja Ibu Bapa yang tidak reasonable. Namun itu kita ketepikan dahulu.
Pertamanya, remaja kena tanya diri mereka, reasonablekah mereka dalam minta kahwin awal, nikah khitbah dan menggunakan alasan majlis murah dianjurkan Islam, semata-mata atas kemaruk cinta mereka? Ada perancangan tidak? Bagaimana kemampuan, usaha untuk mencari kemampuan, sudah bergerak atau tidak?
Itu perlu dilihat semula.
Saya sendiri buat kertas kerja untuk Ummi Abah saya, selepas mendengar nasihat mereka.

Tetapi Kami Telah Bercinta Lama!
Bila saya nyatakan perihal jangan tergesa-gesa, ada sebahagian remaja membalas bahawa mereka telah bercinta lama. Yang menjadi satu kehairanan saya adalah, bagaimana sudah bercinta lama, kemudian Ibu Bapa tidak membenarkan? Ibu Bapa tidak tahukah anda bercinta? Ya. Di situ satu masalah.
Remaja suka laksanakan segala perkara sendiri. Ini sebenarnya satu masalah.
Sepatutnya, semasa ada perasaan pada seseorang, sebelum cakap pada orang itu kita suka pada dia, cakap pada Ibu Bapa kita dahulu. Supaya kita ada pandangan satu lagi, untuk mengimbangi pandangan kita. Untuk benar-benar menilai, apakah benar si dia itu yang mahu kita jatuhkan hati kita kepadanya?
Ini sudah bercinta panjang, bila sampai part nak kahwin, baru nak libatkan Ibu Bapa. Bila Ibu Bapa rasa kurang senang dengan pilihan kita, kita pula marah. Sedangkan, kita yang tidak beritahu semenjak awal.
Banyak persoalan yang saya terima, semuanya tidak merujuk Ibu bapa mereka.

Takut Ibu Bapa Marah.
Ramai yang menjawab sedemikian, apabila ditanya mengapa tidak memberitahu, tidak merujuk kepada Ibu Bapa. Takut Ibu Bapa marah.
Dari satu segi, saya suka kata bahawa Ibu Bapa ini tidak akan marah tidak tentu fasal. Mungkin kita sendiri tidak buktikan diri kita bahawa kita layak untuk bercinta dan berumahtangga. Di rumah, sikap kita dengan Ibu Bapa pun tidak baik. Kita terkenal di dalam keluarga sebagai malas. Kita terkenal di dalam keluarga sebagai yang tidak pernah mengemas rumah dan ringan tulang membantu Ibu Bapa. Mungkin.
Namun untuk adil, saya juga mengakui ada sahaja Ibu Bapa yang tidak reasonable. Suka memandang rendah kepada anak-anaknya. Kemudian sibuk berkata bahawa dia lebih kenal anaknya. Merasakan dia berhak kepada segala perkara dalam hidup anaknya. Ibu Bapa yang bila si anak sudah sanggup menjadikan mereka sebagai rujukan, mereka menyindir dan merendah-rendahkan pula anak mereka.
“Hang nak bagi anak orang makan apa? Pasir?” Begitulah antara yang biasa saya dengar.
Sepatutnya, Ibu Bapa perlu memimpin anak-anak bagaimana untuk bercinta, dan bagaimana untuk berumah tangga. Bukannya mencalarkan perasaannya sedemikian rupa.
Ibu Bapa yang bersikap begini, tidak hairanlah anak-anak tidak mahu merapatinya, lantas mencari orang lain untuk mendapatkan pandangan, atau memberontak melakukan sendiri segala tindakan.
Ibu Bapa perlu bijak di dalam hal ini. Hikmah dan kebijaksanaan itu sangat penting.

Penutup: Kita dengan Ibu Bapa, Orang Tua, Perlu Kolaborasi.
Saya sentiasa memandang, bahawa orang yang benar-benar serius di dalam cintanya, pasti akan melibatkan ibu bapanya, orang tua. Sebab mereka akan sentiasa sedar bahawa, mereka secara sendirian untuk menghadapi dugaan cinta yang penuh ranjau, dan membina rumahtanga yang besar tanggungjawabnya, adalah mustahil.
Perlukan petunjuk, daripada yang berpengalaman.
Maka Ibu Bapa, orang tua, adalah antara tempat rujuk yang mesti.
Bersembanglah, beranikan diri bertanya. Ajak kepada perbincangan. Mohon pandangan.
Saya yakin, jika remaja berani melakukan sedemikian, dan Ibu Bapa berhikmah dalam menguruskan keadaan, maka pastinya perjalanan cinta di atas dunia ini akan menjadi bersih dan selamat.
Jika kecewa, ditolak dan sebagainya, Ibu Bapa ada untuk menenangkan kita. Ibu Bapa telah melihat kita berusaha. Ibu Bapa telah melihat bagaimana kita berusaha menjaga syara’ dalam cinta kita. Maka pastinya, Ibu Bapa akan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada kita. Mereka yang usaha carikan seseorang yang baik buat kita, mungkin.
Saya sentiasa positif dengan kolaborasi remaja dan orang tua ini.

Kedua-duanya pada saya, perlu saling melengkapi.
Read More »

Monday, July 16, 2012

For You.


Bismillahirrahmanirahim, In The Name of Allah , The Most Beneficent and The most Merciful, Ya Allah You are the source of peace. From you is all peace and tranquility.

Ya Allah lembutkan hati ini untuk menerima segala ketentuanMu.lembutkan hati ini,tenangkan hati ini. Berikan aku petunjuk serta jalan yang Engkau Redhai.lembutkan hati ini…….layarkan kesedihan yg sekian lama berlabuh di dalam hatiku.kuatkan hati ini, serta tingkatkan imanku.

“percayalah wahai hati , dengan mengingati Allah hatiku akan tenang.”

“Ingatlah Allah dalam hatimu,nescaya tiada duka utkmu,Ingatlah Allah dalam hatimu, nescaya musibah dunia tiada buatmu.Kelmarin Allah membantumu.Percayalah hari ini dan selamanya Allah tetap membantumu…” jadilah Hamba yg Bahagia disisi Allah.

“Maafkan orang, terlalu banyak kekurangan dan salah dalam diri orang pada dia.”



Wahai mujahidku
Tarbiyahlah aku dengan “bicara kata Ilahi”. Wahai mujahidku
Moga kau kan terima aku seadanya
Kerana aku hanya insan biasa
Yang ingin jadi luar biasa, InsyaAllah.
Akan ku usaha menjadi bidadari syurgamu di dunia
Asal kita bersama meraih cinta kepada-Nya
Kau dan aku hanya kerana-Nya
Mujahid.Kau syabab impian,seorang yg dapat memanduku sebagai bidadari di dunia juga di Firdausi,
Amarah bukan panduanmu, yang ku harap hikmah pilihanmu.
Tarbiah mengajar diri diri, nasihat, melakar potensi.
Yang tak pernah jemu menadah ilmu, tak pernah lelah melayan kitab dan buku.
Jika hidupmu dan diriku terisi , insyaAllah kita didalam RedhaNya.
Sungguhpun aku sihina,sibunga yang layu bagimu.terimalah, mekarkanlah bunga yang layu ini, agar cantik dimataNya.Semoga kita kan bertemu
Wahai mujahid sefikrah dambaanku 



-Alfieyra-


Aku serahkan segalanya padaMu. Dia adalah sebaik-baik Perancang. Doakan Allah lembutkan hatiku serta tingkatkan iman.insyaAllah amin.

Read More »

Monday, May 21, 2012

"Akhirnya Allah pertemukan jua" :)


Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”

Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Read More »

Saturday, April 7, 2012

CINTA itu SUCI


"And from among mankind there are some who take for themselves (objects of worship as) rivals to Allah, loving them as they should (only) love Allah. And those who believe are stronger in their love for Allah."
(Qur'an, Al-Baqarah 2:165)
Cinta…. Cinta itu sungguh suci..cinta yang sejati, cinta yang menghampiri pada pencipta.. cinta yang agung cinta pada Nya..cinta itu bersih, suci...Cuma manusia yang mengotori cinta.. cinta itu menjaga.. kasih sayang itu adalah mulia.. dan kasih sayang itu lah milik Allah… cinta yang sebenarnya yang mendekatkan kita pada Allah.. yang membuat kita untuk terus berubah menjadi mujahid serta mujahidah yang mulia kerana Allah.. semuanya kembali pada Nya..oleh itu hargailah cinta….



Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padaNya ...

kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..


Kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

Kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...
Aku ingin kamu kamu tahu…yang aku sentiasa ingin kamu menjadi terbaik pada Nya..kerana cinta yang sebenar adalah cinta yang membawa ke syurga..aku sentiasa inginkan diri mu dan diri ku menjadi sehebat Rasulullah bersama Siti Khadijah… dan aku pasti…aku dan diri mu tahu apa yang terbaik untuk kita..untuk menjadi HAMBA..untuk mendapat rahmat dan kasih sayang dari Nya..

Aku mencintai diri mu kerana cinta mu kapada ku,
Kerana peribadi mu pada tuhan Mu,
Kerana pakaian yang mulia Mu pada tuhan Mu,
Kerana cantiknya diri mu pada pencipta Mu,
Kerana kuatan ibadah mu pada maha esa,
Kerana hebatnya cinta mu pada maha pengasih,
Kerana mata mu sering menangis kerana takut padaNya pada malam hari,
Kerana diri mu yang sentiasa ingin kembali kepada Nya,
Kerana diri mu sentiasa ingin kepada cinta Allah,
Dan tidak dapat aku katakan dengan kata-kata betapa aku cintakan pada Mu,

Dan aku ingin diri mu tahu…aku mencintai mu kerana kamu adalah anugerah Allah pada aku…untuk menemani aku dunia akhirat..bersama-sama di syurga….
Ya Allah..jadikan dirinya semulia siti khadijah kepada Rasulullah, jadikan dirinya sehebat siti aisyah mahupun Fatimah…jadikan diri nya dan diri ku soleh dan solehah..ya Allah biarlah kami menangis kerana ingin menjadi mulia di sisi Mu..menis kerana terasanya manisnya iman..menangis kerana rindu kan syurga Mu, mengangis kerana mencintai Mu…

“Love is just a word until someone comes along and gives it meaning.” ....and the true love that make them closed to Allah...

cinta itu milik Allah.. cinta yang benar hanya Allah yang mengetahui..janganlah kita mengotori cinta dengan pekara yang Allah benci..benci itu adalah lawan pada cinta..cinta itu timbulkan kebahagian..cinta itu penuh keindahan.. cinta yang sebenar, cinta yang membawa kita pada Nya, kembali pada kampong halaman kita iaitu syurga.. janganlah sesekali kita menyalah kan cinta, kerana itu ketetapan Allah.. terima seadanya..menghargai cinta..kerana cinta itu anugerah Allah pada kita.. peliharalah cinta itu untuk Nya.. ingatlah kita..cinta yang hakiki pada Nya..carilah cinta Allah..maka Allah akan berikan kita cinta yang sebenar, cinta yang mulia, cinta yang suci, cinta yang agung.. Ya Allah..kami pohon cinta dari Mu…cinta yang membuatkan kami hampir pada Mu dan terus menjadi mujahid serta mujahidah yang mendambakan cinta Mu…
‎"..Berilah hatimu hanya untuk Allah, 

pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik. 
Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, 
pasti Allah aturan seluruh hidupmu sebaik-baiknya.."



“…cinta itu milik Allah… kasih dan sayang ini juga milik Allah..maka cintalah Allah..pasti Allah berikan cinta yang agung…”




Read More »

Saturday, February 4, 2012

Indah aturan Nya.. ( bersyukurlah )

Aku.. tidak pernah mengharap untuk berjarak.. tapi ini yang di atur Nya.. Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk kita..diri ku dan diri nya hanya Allah yang menjaga.. hikmah jarak ini bukan menghukum tetapi menjaga..penuh rahsia, bukan Allah hilangkan nikmat kita untuk bersama tetapi Allah telah hadirkan pelbagai pekara yang indah.. rasa sayang makin bertambah kuat, makin mendalam sayang itu terletak dalam hati ini.. jarak ini menyedarkan aku.. hebatnya aturan Nya..
Aku mula mensyukuri akan sumua nya.. kerana dia anugerah Allah pada ku.. tidak dapat aku gambarkan bertapa syukurnya aku pada maha bijaksana.. ya Allah.. Alhamdulillah.. engkau anugerahkan dia kepada ku..menjaga aku sehingga hujung hayat ku..insyaAllah.. tuhan..kasih sayang ini aku pohon sampai ke syurga.. semoga hebat nye kasih sayang ini seperti kasih sayang Rasulullah pada isterinya khadijah..

~ cinta sampai ke syurga ~
Read More »

Friday, October 28, 2011

Hebatnya Wanita, Isteri Muslimah Solehah Mujahidah

“Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah”


Assalamualaikum... " bismillah yang maha pemurah lagi maha penyayang "




wanita dijadikan Allah begitu sempurna.. Ya semua ciptaan Allah memang sempurna.. di jadikan Hawa dari Adam... Allah tidak cipta Adam sendirian..tetapi Allah mencipta Adam seorang teman untuk di syurga, Hawa... lalu bercintalah mereka di syurga kelak.. wanita punya pelbagai kelebihan..dan juga punya kekurangan..tetapi kekurangan itu tidak harus mereka menjadi lemah, malah kekurangan itu harus menjadikan mereka lebih hebat, untuk terus menjadi mujahidah yang sentiasa menharap cinta Allah..yang sentiasa kuat iman dan punya taqwa yang tinggi.. Hawa bercinta bersama Adam di syurga..Biarpon kami Adam keras, gagah, punya kekuatan tetapi kami lemah pada wanita..boleh jadi wanita membawa kepada kami kesesatan dan boleh jadi wanita membawa kami kepada kebenaran.. ini kerana kami Adam lemah pada Hawa... wanita mampu melembutkan hati yang keras..biarpon sekeras batu.. wahai wanita solehah..jika kamu mencintai adam, mencintai tuan tulung rusuk itu..maka jagalah ia..kerana Adam sentiasa memerlukan seorang teman bukan sahaja di dunia tetapi hingga akhirat untuk membimbing ke akhirat, ke Syurga ... tidak ada yang kami pinta dari Mu ya Allah melainkan menjadi hamba Mu yang paling bertaqwa , paling mulia..moga kami bercinta di jannah Mu...

wanita, muslimah persiapkan diri mu untuk membantu adam...membimbing..membina sebuah mahligai abadi bersama Adam di syurga..Hawa kami memerlukan diri Mu yang SOLEHAH, yang sentiasa mencintai Allah..yang mampu menjadi MUSLIMAH MUJAHIDAH yang memburu syahid yang mendambakan cinta ilahi..





"Daripada Ummu Salamah, katanya: “Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Jawabnya Baginda SAW: “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda SAW menjawab: “Dengan solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning…” – Riwayat At-Thabrani."


wanita itu akan menjadi bidadari kepada suami terakhirnya... wahai biadariku yang akan menemani aku di syurga kelak..aku menrinduimu..mencintaimu kerana Allah memberikan kamu untukku..moga aku dan kamu mampu menjadi yang terbaik di sisi Nya..seperti mulianya cinta Baginda nabi Muhammad S.A.W bersama Khadijah..





Wahai Tuhan kami, jadikanlah cinta kami kepada Mu sebagai sesuatu yang paling kami sukai, dan rasa takut kami pada Mu sebagai suatu rasa yang paling dalam. Putuskanlah segala ketergantungan dunia dari kami, dan gantilah dengan rasa rindu untuk berjumpa dengan Mu. Jika Engkau memberikan kepada ahli dunia kesejukan harta mereka, maka jadikanlah kesejukan bagi kami di dalam ibadah kami.


Dalam sebuah hadis yang Rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda:

“Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR:Ibnu Majah)

"O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted."


"Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan isterinya lalu si isteri mengerjakan solat. Bila isterinya enggan untuk bangun, ia percikkan air di wajah isterinya. Semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan suami lalu si suami mengerjakan solat. Bila suaminya enggan untuk bangun, dia percikkan air di wajah suaminya." (Sanad hadis ini shahih kata Asy-Syaikh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Al-Musnad)

wahai Muslimah, wahai mujahidah..aku merindui Mu...aku tidak sabar untuk berjumpa dengan kamu di syurga kelak...di waktu itu kamu membuka pintu syurga kapada ku lalu berkata "Abang, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" di dalam rumah kita di Syurga."









doakan kami moga hidup bahagia dunia akhirat..menjadi orang-orang yang paling bertaqwa..yang sentiasa mendambakan cinta dari ilahi..dan doakn kami menjadi yang terbaik di sisi Allah seperti hebatnya Rasulullah bersam khadijah kepada Allah.. Ameen...
Read More »

Sunday, September 18, 2011

KAWEN@NIKAH ....itu selalu di persoalkan


Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu.


( Heee...asyik di soal je oleh kawan2x )**bukan suma benda boleh beritahu..hee +_=

orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit.

Assalamualaikum...seperti biasa sebelum ini post mengenai (Kenapa nak khawin awal nie...????) kan..sekarang saja nak buat post pasal nikah terus..heee +_= erm xda pe sebenarnya nak cite..nikah ke kawen ke..memang itu kita harapkan.. "sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya " ..nikah juga dapat memelihara diri kita..insyaAllah...membina mesjid memang dituntut kepada kita.. siapa la yang yang tak mahu nikah kan..diri ini..jangan kata nak nikah seorang je..kalau isteri itu nak dia dapat paying and mahu seseorang bertaduh di bawah payingnya kelak..hee suami terima je...heee ( just kidding ) bila dah masuk alam perkahwinan nie..bukan suma senang seperti kita pikirkan dan bukan la susah cmne yang kita pikirkan gak..heee..macam mana la tu kan..main sebut je...heee...


Allah menjanjikan suatu pertolongan kepada orang yang nikah. Firman-Nya: “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An-Nur : 32).

nikah nie kalau masa belaja pon tidak pe..boleh je nak berjaya insyaAllah.. mungkin dengan bernikah menjadi stimulus bagi seseorang untuk berusaha dengan lebih gigih lagi dalam suma pekara..biar pon pelajaran, akhlak supaya menjadi yang terbaik, ibadah dan sebagainya..tetapi ada gak kita piker senang tapi ada jugak sukarnya nak menikah ni..kita dan pasangan kita memang “ON” je..tetapi kita perlu fikir akan keluarga kita..biarlah apa-apa saja mendapat redha dari semuanya..moga perkahwinan itu bahagia dan menjadi yang terbaik di sisi Nya...

Ya Tuhan kami, sesungguhnya mereka sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepada mereka… Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada wanita-wanita solehah jodoh dan keturunan sebagai penyenang hati.

ada yang ingin menikah kerana merasa kan sudah bersedia dan mampu.. kerana sudah lama berkenal.. maybe ada gak yang sudah ketelanjuran..apa-apa pon..menikah ini pekara yang di tuntut..dengan nikah juga dapat mengurang kan pelbagai gejala insyaAllah.. moga kita menikah semata-mata kerana Allah..mengharap keredhaan dan rahmat Nya ea.. bagai mana la cite-cite kita kan bila menikah nanti kan...

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Semua nya indah bila bernikah..tetapi ingatlah..pahit manis semasa mendirikan rumah tangga adalah pekara biasa biar pon yang menikah tetapi masih belajar.. moga pernikahan kita semua sempai ke syurga Nya..mendapat keredhaan dan rahmat Nya..seperti Rasulullah dan isteri beliau.. insyaAllah

“Robbana hablana min azwaajina wa dzurriyatina qurrota a’yuun. Waj’alna lil muttaqiina imaama”

“Ya Allah, jadikanlah isteri-isteri dan anak-anak kami sebagai penghibur hati. Dan jadikanlah kami sebagai pemimpin orang-orang yang takwa”.
( doakan kami ea )
eh....sebelum terlupa nanti nak akad nikah..bagi yang lelaki ingat-ingat la benda nie ea..heee +_=

“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku”

So si isteri ingat la dan sayangilah suami anda ek...heee +_=

And untuk diri ku ini pulak

Kita seharusnya berhati-hati dalam mencari cinta.Jangan sesekali ikut hawa nafsu.Cinta bukan kerana paras rupa dan harta.Cintailah seseorang kerana akhlak dan agamanya.InsyaAllah itu cinta sejati dan cinta yang dicari.Jika rupa paras dan harta yang dinilai,sudah semestinya ianya akan pergi.Jika cinta kerana akhlak dan agamanya,insyaAllah cinta yang dicari diredhai Illahi.
Read More »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...