"Convey (knowledge) from me even
if it is just one aayah" (Bukhari)
Aku mula
takut bilamana ada orang kata yang diri aku tidak ada masalah, berkata aku
orang baik, rajin dan apa-apa sahaja yang dikatakan baik… aku takut..kerana aku
lebih tahu tentang diri aku..bagaimana orang lain boleh tahu diri orang
lain…sedangkan kita belum tentu tahu sepenuhnya diri kita..mana mungkin orang
lain tahu pe yang tiada pada diri kita..aku pasti ada yang lebih tahu tentang
diri kita iaitu pencipta kita, Allah…
Aku
takut..aku tahu..aku hanya hamba yang paling lemah dan hina.. mudah
jatuh..rebah kedalam jurang dosa.. aku tidak mampu sendirian..aku takut dengan
dunia yang sementara.. ya Allah engkau telah tentukan segalanya..aku pohon
perlindungan dari segalanya..biarlah tiap kata, langkah, pikiran ku hanya untuk
Mu..
Tidak
bermakna apa yang kita tulis dalam FACEBOOK, TWITTER, BLOG, dan apa sahaja itu
menandakan kita baik atau apa sahaja..boleh jadi kita hanya ingin
berkongsi..mungkin kita lebih memerlukan bimbingan dari orang lain untuk
mengejar syahid pada Nya, untuk jadi yang terbaik pada Allah… boleh jadi apa
yang dikongsikan itu dalam laman sasawang…itulah kebaikan yang mampu dia
lakukan... kerana apa yang di tulis, ilmu atau apa sahaja kebaikan atau
perkongsian yang bermamfaat yang selagi mana ada orang membacanya, selagi itu
di catat kebaikannya..insyaAllah…
"Sesungguhnya
aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan
kamu. Bukan juga yg paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah
melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat
menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.
Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan." - Imam Hasan Al-Basri-
“…Allah lebh tahu dari tiap-tiap
perkara…dari sekecil-kecil pekara hingga sebesar-besarnya… apa yang nyata dan
apa yang terselindung…”
Aku hanya
hamba yang paling hina..penuh dengan salah silap, penuh dengan dosa… diri ini
perlukan bimbingan..bimbinglah aku..tegurlah aku..jaga lah aku..Sabarlah
denganku biarpun payah, Tegurlah aku walaupun kerenah,Sebelum aku punah,
Sebelum aku menyesal tak sudah, Sebelum aku diazab Allah..aku Cuma ingin kasih
sayang dari Allah..rahmat Allah itu impian kita..moga kita suma jadi yang
terbaik dalam semua pekara pada Allah..ditempatkan dalam syurga Nya… amin..
" if you want to talk to Allah,
then pray.. however, when you want Allah to talk to you then read the Quran..
"
No comments:
Post a Comment