Niat sebelum
tidur bahawa tidur ini adalah ibadah kerana Allah SWT. Setting diminda, bahawa
kita ingin bangun awal keesokan harinya. Lebih baik sekiranya kita katakan
secara terperinci tentang masa yang ingin kita bangun. Contoh : “ Esok saya
akan bangun pada jam 5.30 pagi.”
Biasakan
diri berwudhuk sebelum melelapkan mata. Bayangkan inilah wudhuk kita yang
terakhir. Kita memyempurnakan wudhuk dengan tertib, tenang dan sesempurna
mungkin.
Dirikan
solat sunat dua rakaat sebelum tidur. Sebaiknya, solat sunat Taubat. Cantiknya,
sebelum tidur kita memohon keampunan serta membersihkan diri daripada dosa-dosa
dan kekotoran maksiat kita kepada Allah SWT
Gunakan
alat bantuan untuk membangkitkan kita
daripada tidur. Mohon bantuan ibu bapa, adik-beradik atau kawan-kawan yang ada.
Di samping itu, setkan jam loceng atau alarm telefon kita berhampiran dengan
kita
Untuk bangun
awal, kita perlulah tidur awal. Tidur yang secukupnya memudahkan kita untuk
bangun dengan segar, ceria dan bertenaga.
Bacakan doa
sebelum tidur dan bacaan Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Anas.Hembuskan bacaan
tadi ditapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Mohon perlindungan dan
pemeliharaan daripada Allah SWT.
Sambil
berbaring sebelum terlelap, basahkan bibir dengan zikir memuji dan memuja Allah
SWT. Alhamdulillah, Alhamdulilah, Alhamdulillah.
Teruskan dan
ulang berkali-kali tips ini jika gagal. Peringkat awal, ia seperti sukar. Lama
kelamaan ia akan berputik di hati. Kita akan biasa dengan amalan ini jika ia
dilakukan terus-menerus tanpa putus asa.
Jika
berjaya, syabas saya ucapkan. Sekarang cabarannya ialah untuk mengekalkan
amalan ini dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan tahun ke
tahun. Jadi bagaimana?
baiklah awak. :)
ReplyDelete