Friday, October 28, 2011

Hebatnya Wanita, Isteri Muslimah Solehah Mujahidah

“Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah”


Assalamualaikum... " bismillah yang maha pemurah lagi maha penyayang "




wanita dijadikan Allah begitu sempurna.. Ya semua ciptaan Allah memang sempurna.. di jadikan Hawa dari Adam... Allah tidak cipta Adam sendirian..tetapi Allah mencipta Adam seorang teman untuk di syurga, Hawa... lalu bercintalah mereka di syurga kelak.. wanita punya pelbagai kelebihan..dan juga punya kekurangan..tetapi kekurangan itu tidak harus mereka menjadi lemah, malah kekurangan itu harus menjadikan mereka lebih hebat, untuk terus menjadi mujahidah yang sentiasa menharap cinta Allah..yang sentiasa kuat iman dan punya taqwa yang tinggi.. Hawa bercinta bersama Adam di syurga..Biarpon kami Adam keras, gagah, punya kekuatan tetapi kami lemah pada wanita..boleh jadi wanita membawa kepada kami kesesatan dan boleh jadi wanita membawa kami kepada kebenaran.. ini kerana kami Adam lemah pada Hawa... wanita mampu melembutkan hati yang keras..biarpon sekeras batu.. wahai wanita solehah..jika kamu mencintai adam, mencintai tuan tulung rusuk itu..maka jagalah ia..kerana Adam sentiasa memerlukan seorang teman bukan sahaja di dunia tetapi hingga akhirat untuk membimbing ke akhirat, ke Syurga ... tidak ada yang kami pinta dari Mu ya Allah melainkan menjadi hamba Mu yang paling bertaqwa , paling mulia..moga kami bercinta di jannah Mu...

wanita, muslimah persiapkan diri mu untuk membantu adam...membimbing..membina sebuah mahligai abadi bersama Adam di syurga..Hawa kami memerlukan diri Mu yang SOLEHAH, yang sentiasa mencintai Allah..yang mampu menjadi MUSLIMAH MUJAHIDAH yang memburu syahid yang mendambakan cinta ilahi..





"Daripada Ummu Salamah, katanya: “Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Jawabnya Baginda SAW: “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda SAW menjawab: “Dengan solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning…” – Riwayat At-Thabrani."


wanita itu akan menjadi bidadari kepada suami terakhirnya... wahai biadariku yang akan menemani aku di syurga kelak..aku menrinduimu..mencintaimu kerana Allah memberikan kamu untukku..moga aku dan kamu mampu menjadi yang terbaik di sisi Nya..seperti mulianya cinta Baginda nabi Muhammad S.A.W bersama Khadijah..





Wahai Tuhan kami, jadikanlah cinta kami kepada Mu sebagai sesuatu yang paling kami sukai, dan rasa takut kami pada Mu sebagai suatu rasa yang paling dalam. Putuskanlah segala ketergantungan dunia dari kami, dan gantilah dengan rasa rindu untuk berjumpa dengan Mu. Jika Engkau memberikan kepada ahli dunia kesejukan harta mereka, maka jadikanlah kesejukan bagi kami di dalam ibadah kami.


Dalam sebuah hadis yang Rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda:

“Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR:Ibnu Majah)

"O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted."


"Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan isterinya lalu si isteri mengerjakan solat. Bila isterinya enggan untuk bangun, ia percikkan air di wajah isterinya. Semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan suami lalu si suami mengerjakan solat. Bila suaminya enggan untuk bangun, dia percikkan air di wajah suaminya." (Sanad hadis ini shahih kata Asy-Syaikh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Al-Musnad)

wahai Muslimah, wahai mujahidah..aku merindui Mu...aku tidak sabar untuk berjumpa dengan kamu di syurga kelak...di waktu itu kamu membuka pintu syurga kapada ku lalu berkata "Abang, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" di dalam rumah kita di Syurga."









doakan kami moga hidup bahagia dunia akhirat..menjadi orang-orang yang paling bertaqwa..yang sentiasa mendambakan cinta dari ilahi..dan doakn kami menjadi yang terbaik di sisi Allah seperti hebatnya Rasulullah bersam khadijah kepada Allah.. Ameen...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...