Showing posts with label saje2x. Show all posts
Showing posts with label saje2x. Show all posts

Tuesday, March 18, 2014

Ilmu, Buku, Penulisan dan Siapakah yang sempurna??

Ilmu pada yang ada pada manusia ingin sekali kita kongsikan. Kita dapati, ilmu itu tidak lain tidak bukan adalah dari Allah S.W.T yang maha agung. Zaman berlalu zaman, kita dapati ilmu yang ada pada kita dikongsi, disampaikan melalaui pelbagai cara. Penulisan buku, kongsian dalam web, internet dan sebagainya, dengan pelbagai tema, pelbagai tajuk mengikut apa yang ingin disampaikan. Yang terkesan dan bekas pada hati, yang membawa perubahan pada dunia, generate capability of thinking dan lain-lain.

Method of teaching, learning, knowledge for me ada dua cara, sama ada dalam bentuk CHAIN or CIRCLE.

CHAIN (RANTAI)
Bila satu ring, bulatan disambung bulatan yang lain, kita akan nampak kelansungan dan keterusan ilmu itu. Sama seperti yang dapat disamakan bagaimana system math, angka. Suatu angka diteruskan apabila ditambah, ditolok, dikali, dibahagi, factor, function dan macam-macam lagi. Di sini kita dapati akan berlaku sama ada kekurangan, penambahan mungkin tokok tambah dan sebagainya. Begitu juga bila disampai atau di ajar secara rantaian. Kemungkinan rantai yang terakhir  atau pertengahan itu lemah, maka tidak sepenuhnya maklumat padanya, dan mungkin juga pada permulaan dimana maklumatnya tidak cukup jadi bagaimana maklumat yang ada pada yang terakhir?

CIRLCE (BULATAN)
Bulatan dalam bulatan, kita lihat, bila mana satu bulatan kecil padanya terdapat perkara sesuatu contohnya berkenana kepimpinan, perancangan, dan menguruskan maklumat. Mungkin bulatan ini didatangi  bulatan kedua yang mengelilingi bulatan seterusnya yang berkenan motivasi, dan bulatan seterusnya mengelilingi bulatan sebelumnya berkenaan principle. Dan kita lihat it is repeated supaya concentrate and focus. Maka kita lihat semua pekara ada dalam bulatan yang besar tersebut.


 Bila kita mula membaca, buku-buku tulisan manusia. kita akan lihat pada tiap-tiap buka ada theme masing-masing, ada yang motivation, science, law, horror, revenge, love, sadness, happiness dan lain-lain. Penulisan manusia tidak pernah sempurna, mungkin theme nya ini, tapi tidak terkandung dalamnya itu. Jadi bagaimana al-quran? Demi Allah tiada buku yang sesempurna selain kitab Allah.


 What the theme of QURAN?
So The theme of Quran is about Allah. Diterangkah siapakah Allah. kekuasaanNya, keagungan, keesaanNya, sifat-sifatNya, ciptaanNya, the greatness of Allah almighty dan sebagainya, Kita lihat setengah mushaf quran they highlight dengan merah perkataan Allah, Rab. kita lihat quran penuh merah. Asma ul husna juga nama-nama Allah yang agung, Al-Rahman,Al-Rahim, Al-Ghafuur, Al-hakim, As-Samii’, Al-Ahad dan lain-lain lagi nama Allah yang agung, maksud nama itu sesuai dan bertepatan dengan contoh yang diterangkan dalam ayatNya. Jadi tema quran, adalah Allah. Subhanallah. Dan Allah itu maha sempurna tiada cacat dan cela, begitu juga Al-Quran. Dalamnya, ayatnya indah disusun penuh sempurna yang indah, adakalanya diulangi berkali-kali, segala pekara di terangkan, muamalat, pernikahan perceraian, science, universe, law, story, history dan segalanya dengan sempurna, melitupi segala sesuatu langit dan bumi, sesuai selamanya, dimanapun, pada siapa pun jua, dalam keadaan apa juga, yang nyata mahu yang tersembunyi. Kita lihat bertapa sempurnanya ilmu Allah. Tidak dapat digambarkan lagi bertapa sempurnanya Al-quran kalam Allah. Itulah kebesaran Allah. Maha suci Allah yang maha sempurna. Allahuakhbar. Segala puji bagi Allah. Rab semesta alam.


"Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan hingga habis untuk dijadikan tinta, masih tak mampu nak menulis kalimah Allah. Apatah lagi ilmuNya."


Jadi ‘study’ and ‘exam’lah with the Al-quran, serta beramal dengannya. insyaAllah itulah risalah yang Allah berikan pada Rasulullah kepada kita semuanya yang bila kita berpegang dengannya insyaAllah kita tidak sesat. Berpeganglah kita dengan Al-quran dan as sunnah kerana itu sebaik-baik pegangan. Mengagungkan Allah lebih dari segalanya. Tiada yang layak di sembah selain Allah. Bagi kita tuhan yang maha sempurna yang menentukan tiap-tiap sesuatu bagi kita. Pada Allah kita meminta dan kepadanNya kita kembali.
Maha suci engkau, bagi kami tuhan yang mengambil tindakan atas dosa dan mengampunkan segala dosa, maka ampunilah kami. Kurniakan kami dengan syurga firdausMu. Amin.




Dari penulis yang tidak sempurna lagi penuh dengan cacat dan cela.

Read More »

Tuesday, October 1, 2013

Surah Al-Ikhlas

Surah ini mempunyai 4 ayat. Dinamakan Al-Ikhlas kerana surah ini sepenuhnya menegaskan kemurnian keesaan Allah s.w.t. Ianya juga menceritakan profil Allah.
Surah ini menyamai satu pertiga al-Qur’an. (Isu/konsep Aqidah Tauhid).

Isi penting surah:
Penegasan tentang kemurnian keesaan Allah s.w.t. dan menolak segala macam kemusyrikan dan menerangkan bahwa tidak ada sesuatu yang menyamai-Nya. kenapa ia dinamakan Al-Ikhlas? kerana kenalnya kita dengan Allah, membawa kepada Ikhlas (hanya kepada Allah)
Sebab turun ayat: Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa kaum musyrikin meminta penjelasan tentang sifat-sifat Allah kepada Rasulullah saw. dengan berkata: “Jelaskan kepada kami sifat-sifat Tuhanmu.” Ayat ini turun berkenaan dengan peristiwa itu sebagai tuntutan untuk menjawab permintaan kaum musyrikin.
(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah bersumber dari Ubay bin Ka’ab. Diriwayatkan pula oleh at-Tabrani dan Ibnu Jarir at-Tabari yang bersumber dari Jabir bin Abdillah dan dijadikan dalil bahwa surah ini Makkiyah. Sebahagian Ulama’ seperti Imam As-Suyuti berkata bahawa surah ini Madaniyyah sesuai dengan hadith Ibnu Abbas).



[قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ]
1. Katakanlah (wahai Muhammad): “Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.
- Allah Yang Maha Esa. Tiada Tuhan melainkan Dia. Dialah Allah yang menciptakan segala-galanya. Dialah Allah yang mengatur dan menguruskan segala-galanya. Dialah Yang Maha Esa, Yang Maha Satu, Yang Maha Tunggal, hanya Dia Pemilik dan Raja ke atas segala-galanya.
 لا إله إلا الله !
- Apabila mendapat nikmat, ketahuilah segala nikmat itu adalah daripada-Nya.. Bersyukurkah kita? 
- Apabila diuji, sedarlah segala ujian itu adalah ujian daripada-Nya. Ketahuilah, Dia tidak menguji kecuali dengan apa yang disanggupi hamba-Nya.. Bersabarkah kita?
- Ayat ini menyedarkan kita bahawa kita ini hamba-Nya dan Dia adalah Allah Tuhan yang Maha Esa, kita menyerahkan segala hanya kepada-Nya. Segala harapan, segala urusan, kita hanya bergantung kepada-Nya yang Maha Esa.
apabila diuji ingat - kembali surah Al-ankabut ayat 2, 
                            - Allah akan memberi kebaikan setelah diberikan ujian
                            - ujian yang Allah berikan sesuai dgn kemampan kita.

[اللَّهُ الصَّمَد]
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
- Segala sesuatu bergantung kepada-Nya kerana Dialah yang menciptakan segala sesuatu. Dialah al-Khaliq (الخالِق), dan selain daripada-Nya adalah makhluk (المخلوق).  
-Maka sebagai makhluk dan ciptaan-Nya kepada siapakah lagi yang layak untuk kita bergantung dan berharap? Hanya Dia Allah Tuhan yang Maha Pencipta! Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
- Setelah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa-apa pun cita-cita kita, adakah kita meletakkan sepenuh harapan kita kepada-Nya? Adakah kita percaya kepada-Nya? Adakah kita reda dengan takdir dan ketetapan-Nya? Ikhlaskah kita melakukan segala-galanya demi Dia?
- Tanda Allah SWT meredhai kita adalah dengan kita meredhai segala ketetapan-Nya.. yang baik mahupun yang buruk kerana semuanya adalah ujian dalam kehidupan di dunia yang sementara. رضيت بالله ربا (Aku redha dengan Allah sebagai Tuhan)
 وبالإسلام دينا(dan dengan Islam sebagai agama/jalan kehidupan)
 وبمحمد نبيا ورسولا(dan dengan Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul/Utusan)

[لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ]
3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan
- Ayat ini menafikan adanya Tuhan selepas Tuhan dan menafikan adanya Tuhan sebelum Tuhan, kerana Allah itu Tuhan yang Maha Esa, yang Maha Satu, yang Maha Tunggal.
- Tiada ibu bapa kepada Tuhan yang melahirkan-Nya, tiada pula anak Tuhan yang akan mewarisi, kerana Tuhan itu Maha Hidup dan tidak akan mati. Dialah Allah Yang Maha Awal dan yang Maha Akhir.
- Ayat ini membersihkan dan menyucikan sebarang keraguan dan bisikan-bisikan syaitan yang cuba meragukan manusia dengan wujudnya kemungkinan Tuhan itu beranak pinak seperti manusia dan haiwan, atau kemungkinan Tuhan itu ada ibu bapa dan keluarga.
- Ayat ini menegaskan bahawa beranak pinak dan berkeluarga itu hanyalah ciri-ciri makhluk dan Tuhan al-Khaliq (yang Maha Pencipta) tidak sama dengan makhluk-Nya.

[ِوَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ]
4. dan tidak ada sesiapapun yang sekufu/setara dengan-Nya.
- Tiada apapun yang sebanding dan setara dengan-Nya, kerana Allah ialah Tuhan yang Maha Esa. Dia langsung tidak sama seperti makhluk ciptaan-Nya. Tiada Tuhan selain Dia.
- Tiada yang lebih Pengasih atau memiliki kasih yang sama seperti kasih-Nya.
- Tiada yang lebih berkuasa atau memiliki kuasa yang sama seperti kuasa-Nya.
- Tiada yang lebih mengetahui atau memiliki pengetahuan yang sama seperti pengetahuan-Nya.
- Tiada yang lebih Adil atau memiliki keadilan yang sama seperti keadilan-Nya..
Dan begitulah seterusnya..
Apa yang kita ada, tidak terbanding dengan apa yang ada pada-Nya.
- Maka apakah perasaan seorang makhluk kepada-Nya?
Surah ini memberikan emosi/perasaan yang pelbagai kepada kita:
- Rasa tawadhu’ (rendah diri) kepada-Nya, sedar diri kita manusia pendosa yang sentiasa berharap keampunan dan rahmat-Nya..
- Rasa Izzah (harga diri) sebagai seorang Muslim, menyedari diri kita sebagai hamba Allah semata-mata membebaskan diri kita daripada kehambaan kepada selain-Nya.
- Rasa syukur dan sabar dalam setiap apa yang menimpa, baik ataupun buruk.
-Sentiasa berusaha untuk "IKHLAS” hanya kepada-Nya, sentiasa muhasabah/memperbaharui niat kita
Read More »

Friday, June 21, 2013

Kerana sebuah tarbiyah

Tarbiyah adalah kekuatan yang mampu Mengubah duri jadi mawar Mengubah cuka jadi anggur Mengubah malang jadi untung Mengubah sedih jadi riang Mengubah setan jadi Nabi Mengubah iblis jadi Malaikat Mengubah sakit jadi sihat Mengubah bakhil jadi dermawan Mengubah kandang jadi taman Mengubah amarah jadi ramah Mengubah penjara jadi istana Mengubah musibah jadi muhibbah Itulah tarbiyah.

Kerana sebuah tarbiyah aku kini mampu berdiri sendiri meski seluruh dunia melawan meski setiap hati menolak aku tetap menggenggam bara api itu kerana hidupku hanyalah untukNya kerana matiku hanyalah untukNya. Kerana sebuah tarbiyah duniaku yang sempit kini bertukar menjadi seluas alam luas, seluas laut biru yang terbentang. Duniaku tak lagi kontang tanpa jirusan air yang membasahi hati menghidupkannya kerana akulah yang menjadi seperti titis-titis hujan basah itu.

Mari ingat apa yg kita ikrar pada Allah :'( siapa kita? Apa maksud Kalimah syahadah yg selalu kita ucap? Aku "bersaksi" tiada Tuhan yg disembah selain Allah.bukankah "saksi" itu tugasnya berat."renungkan" antara Hamba Dan Pencipta.  mari menanam benih utk akhirat   ;)

Read More »

Saturday, May 4, 2013

AL-FATIHAH :BERKOMUNIKASI DENGAN ALLAH


Bismillahirahmanirrahim.

Surah ini diturunkan sebelum Hijrah dan merupakan surah kelima diturunkan kepada Rasulullah.

Surah yang menjadi syarat sah didalam solat kita.

Rasulullah meriwayatkan dalam hadis qudsi, mengenai Surah ini.

1) Apabila hamba-Ku berkata,

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,”

maka Allah swt menjawab, “Yang hambaKu memujiku”

“Hamba-Ku  telah memulai dengan menyebut nama-Ku. Dan kerananya Aku berhak untuk menyempurnakan segala perkaranya serta memberkati seluruh keadaannya”

2) Apabila hamba-Ku berkata,

“Segala puji bagi Allah, Tuhan Alam Semesta,”

Maka Allah swt berkata, “Yang hambaKu memujiku”

“Hamba-Ku telah memuja-Ku, dia tahu bahawa nikmat yang ada di sisinya adalah dari-Ku dan bencana yang dijauhkan darinya adalah lantaran kasih sayang-Ku. Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku tambahkan nikmat-nikmat akhirat di samping nikmat-nikmat dunia dan akan Kujauhkan darinya bencana-bencana akhirat sebagaimana Kujauhkan darinya bencana-bencana di dunia. “

3) Apabila hamba-Ku berkata,

” (Allah) Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang,”

Maka Allah swt berkata,”Yang hambaKu memujiku”

“Hamba-Ku telah menyaksikan -Ku bahawa Akulah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan penuhi nasib hidupnya dengan rahmat-Ku dan akan Kukurniai hayatnya dengan pemberian-pemberian-Ku.

4) Apabila hamba-Ku berkata,

“Yang Menguasai hari Pembalasan,”

Maka Allah swt berkata,”Yang hambaKu memujiku”

“Kupersaksikan kepada kalian sebagaimana yang diakuinya bahawa Akulah yang bekuasa pada hari pembalasan itu, dan akan Kupermudah hisabnya pada hari hisab kelak serta akan Kumaafkan segala kesalahannya.



5) Apabila hamba-Ku berkata,

“Hanya Engkaulah yang aku sembah’”

Maka Allah swt berkata,”Ini antara Aku dan HambaKu dan baginya terhadap apa yang dia minta”

“Hamba-Ku benar ketika dia menyembah-Ku. Kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan berikan kepadanya ganjaran kerana ibadahnya sehingga orang-orang yang tidak sama sepertinya akan merasa iri hati kepadanya”

Apabila hamba-Ku berkata,

“dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan,”

Maka Allah swt berkata’”Ini antara Aku dan HambaKu dan baginya terhadap apa yang dia minta”

“Hamba-Ku telah meminta pertolongan dari-Ku dan kembali kepada-Ku, kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan menolongnya dalam setiap urusannya. Aku akan membantunya dalam kesulitan-kesulitannya dan akan Kuhulurkan tangan-Ku kepadanya pada saat dukanya.”

6) Apabila hamba-Ku berkata,

“Tunjukkan kepada kami akan jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat, bukannya (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.”

Maka Allah swt berkata,”Ini antara Aku dan HambaKu dan baginya terhadap apa yang dia minta”

“Bahagian ini untuk hamba-Ku. Mereka berhak mendapatkan apa yang mereka mohonkan. Aku telah kabulkan permohonan hamba-Ku, Aku telah berikan kepadanya apa yang diharapkan. Aku telah menyelamatkannya dari apa yang dia mohonkan dengan perlindungan-Ku.”

—Bila kita baca surah ni dalam setiap solat kita mesti seronokkan bila bayangkan Allah tengah menjawab apa yang kita baca..sweetnya Allah…

ada kisah Umar bin Abdul Aziz, setiap kali beliau membaca surah Al-Fatihah beliau menghayatinya ayat demi ayat dan diam sejenak  diantara ayat ke ayat, ketika ditanyakan alasannya, beliau menjawab “aku ingin menikmati jawapan TUHANKU “

seandainya ketika membaca Al-Fatihah didalam hatinya seorang merasakan bahawa Allah menjawab ayat demi ayat nescaya ia terbang kegirangan…. :’)
Read More »

Saturday, April 27, 2013

"Sampaikanlah dariku"


Tidak semua gambar berunsurkan dakwah dapat menyentuh jiwa-jiwa yang melihatnya,
Tidak semua bait-bait perkataan bertemakan dakwah dapat membuka pintu hati-hati yang membacanya,
Tidak semua butir-butir bicara sang pendakwah dapat menyedarkan mereka yang kontang.

Dakwah perlukan ilmu,
Dakwah perlukan tarbiyah,
Dakwah perlu berterusan,
Dakwah perlukan komtimen,
Dakwah perlukan pengorbanan.

Dakwah bukan seperti jualan album,
Dakwah ini asing di mata masyarakat,
Dakwah dipandang remeh, dicaci, ditolak ditindas,
Namun, mereka tetap menyampaikan kerana Sabda Rasulullah SAW : “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” [Bukhari]

Jika kita ini tidak mampu berdakwah,
Janganlah kita ini menjadi antara orang yang menjatuhkan dakwah,
Semoga Allah tidak memalingkan hati-hati sang dai’e dalam memperjuangkan agama Allah.
Dan, semoga kita akan tergolong diantara mereka yang berjihad memperjuangkan agama Allah.

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. [Al-Imran 3:104]


Read More »

Saturday, August 11, 2012

Allah give and forgive :’)


Tika mencuba untuk bersabar pada saat keadaan sekeliling menuntut diri untuk marah, kita berlawan dengan nafsu, akal waras dan iman;

NAFSU: Kau perlu marah! Dia dah melampau! Jangan sampai dia pijak kepala kau!

AKAL WARAS: Kalau nak marah, marahlah. Tak marah pun tak apa. Mana yang terbaik untuk kau, buatlah.

IMAN: Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Dan keimanan seseorang mukmin itu dinilai apabila dia mampu mengawal dirinya semasa marah. Tak payahlah marah. Allah tu Maha Adil. Dia mendengar doa hamba-hambaNya yang dizalimi. Ada hikmah semua ni terjadi. Allah nak kau jadi lebih sabar. Sabarlah ya. Makin sabar, makin Allah sayang :)


“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Surah al-Ankabut, ayat 2)

Ya,ujian itu Allah SWT turunkan dengan tujuan untuk menguji keimanan kita. Dan, setiap kesulitan itu datang dengan penuh berhikmah. Lalu untuk apa kita marah jika ujian yang Allah timpakan itu adalah bertujuan untuk kita lebih dekat kepadaNya? Hatta, bila mana orang membuat kita marah, itu pun adalah satu ujian daripada Allah SWT. Maka,bersyukurlah. Bersyukurlah kerana kita ini adalah antara hamba-hambaNya yang terpilih untuk dicintaiNya dan diberi peluang untuk mencintaiNya. Bukankah Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengetahui? Percayalah, semua yang berlaku itu ada hikmahnya. Kadangkala, kita boleh berfikir sendiri tentang hikmah sesuatu ujian itu.

La illaha ila anta, subhanaka, inti kuntu minaz dzalimin.

(Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah, Maha Suci Engkau, dan aku tergolong dalam hamba-hambaMu yang menzalimi diri sendiri.)

Sabarlah dalam bersabar.


Read More »

Friday, July 20, 2012

Aku bukan seperti yang mereka pikirkan..


"Convey (knowledge) from me even if it is just one aayah" (Bukhari)

Aku mula takut bilamana ada orang kata yang diri aku tidak ada masalah, berkata aku orang baik, rajin dan apa-apa sahaja yang dikatakan baik… aku takut..kerana aku lebih tahu tentang diri aku..bagaimana orang lain boleh tahu diri orang lain…sedangkan kita belum tentu tahu sepenuhnya diri kita..mana mungkin orang lain tahu pe yang tiada pada diri kita..aku pasti ada yang lebih tahu tentang diri kita iaitu pencipta kita, Allah…

Aku takut..aku tahu..aku hanya hamba yang paling lemah dan hina.. mudah jatuh..rebah kedalam jurang dosa.. aku tidak mampu sendirian..aku takut dengan dunia yang sementara.. ya Allah engkau telah tentukan segalanya..aku pohon perlindungan dari segalanya..biarlah tiap kata, langkah, pikiran ku hanya untuk Mu..

Tidak bermakna apa yang kita tulis dalam FACEBOOK, TWITTER, BLOG, dan apa sahaja itu menandakan kita baik atau apa sahaja..boleh jadi kita hanya ingin berkongsi..mungkin kita lebih memerlukan bimbingan dari orang lain untuk mengejar syahid pada Nya, untuk jadi yang terbaik pada Allah… boleh jadi apa yang dikongsikan itu dalam laman sasawang…itulah kebaikan yang mampu dia lakukan... kerana apa yang di tulis, ilmu atau apa sahaja kebaikan atau perkongsian yang bermamfaat yang selagi mana ada orang membacanya, selagi itu di catat kebaikannya..insyaAllah…


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan." - Imam Hasan Al-Basri-

“…Allah lebh tahu dari tiap-tiap perkara…dari sekecil-kecil pekara hingga sebesar-besarnya… apa yang nyata dan apa yang terselindung…”



Aku hanya hamba yang paling hina..penuh dengan salah silap, penuh dengan dosa… diri ini perlukan bimbingan..bimbinglah aku..tegurlah aku..jaga lah aku..Sabarlah denganku biarpun payah, Tegurlah aku walaupun kerenah,Sebelum aku punah, Sebelum aku menyesal tak sudah, Sebelum aku diazab Allah..aku Cuma ingin kasih sayang dari Allah..rahmat Allah itu impian kita..moga kita suma jadi yang terbaik dalam semua pekara pada Allah..ditempatkan dalam syurga Nya… amin..


" if you want to talk to Allah, then pray.. however, when you want Allah to talk to you then read the Quran.. "

Read More »

Monday, July 16, 2012

For You.


Bismillahirrahmanirahim, In The Name of Allah , The Most Beneficent and The most Merciful, Ya Allah You are the source of peace. From you is all peace and tranquility.

Ya Allah lembutkan hati ini untuk menerima segala ketentuanMu.lembutkan hati ini,tenangkan hati ini. Berikan aku petunjuk serta jalan yang Engkau Redhai.lembutkan hati ini…….layarkan kesedihan yg sekian lama berlabuh di dalam hatiku.kuatkan hati ini, serta tingkatkan imanku.

“percayalah wahai hati , dengan mengingati Allah hatiku akan tenang.”

“Ingatlah Allah dalam hatimu,nescaya tiada duka utkmu,Ingatlah Allah dalam hatimu, nescaya musibah dunia tiada buatmu.Kelmarin Allah membantumu.Percayalah hari ini dan selamanya Allah tetap membantumu…” jadilah Hamba yg Bahagia disisi Allah.

“Maafkan orang, terlalu banyak kekurangan dan salah dalam diri orang pada dia.”



Wahai mujahidku
Tarbiyahlah aku dengan “bicara kata Ilahi”. Wahai mujahidku
Moga kau kan terima aku seadanya
Kerana aku hanya insan biasa
Yang ingin jadi luar biasa, InsyaAllah.
Akan ku usaha menjadi bidadari syurgamu di dunia
Asal kita bersama meraih cinta kepada-Nya
Kau dan aku hanya kerana-Nya
Mujahid.Kau syabab impian,seorang yg dapat memanduku sebagai bidadari di dunia juga di Firdausi,
Amarah bukan panduanmu, yang ku harap hikmah pilihanmu.
Tarbiah mengajar diri diri, nasihat, melakar potensi.
Yang tak pernah jemu menadah ilmu, tak pernah lelah melayan kitab dan buku.
Jika hidupmu dan diriku terisi , insyaAllah kita didalam RedhaNya.
Sungguhpun aku sihina,sibunga yang layu bagimu.terimalah, mekarkanlah bunga yang layu ini, agar cantik dimataNya.Semoga kita kan bertemu
Wahai mujahid sefikrah dambaanku 



-Alfieyra-


Aku serahkan segalanya padaMu. Dia adalah sebaik-baik Perancang. Doakan Allah lembutkan hatiku serta tingkatkan iman.insyaAllah amin.

Read More »

Monday, May 21, 2012

"Akhirnya Allah pertemukan jua" :)


Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”

Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Read More »

Saturday, May 19, 2012

Apa erti kejayaan dan kebahagian yang sebenar…


Setiap orang mengimpikan kejayaan..baik di dunia mahupon akhirat..tiada orang yang menginginkan kejayaan di dunia sahaja, dan tiada juga yang inginkan kejayaan akhirat semata-mata.. rugi lah orang yang berdoa berilah kejayaan di dunia sahaja… atau akhirat sahaja..sepatutnya berdoalah.. “ya Allah berikanlah kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat…dan tempatkan kami dalam syurga Mu” bukankah doa sebegini lebih baik..

The true success is only with the help of Allah (subhanahu wa ta'ala). The success in this world and Hereafter is to live with correct understanding of the Deen-il Islam. And  the true success is to gain the pleasure of Allah (subhanahu wa ta'ala) and His Mercy.

Kejayaan dan kebahagiaan bukan di lihat pada apa yang ada pada seseorang itu..sebanyak mana harta orang itu, berapa ramai anak-anaknya, berapa besar gaji dan rumahnya, bukan pada pangkat kerjanya,bukan pula pada pakaian yang dikenakan pada dirinya... dan bukan pula pada keputusan yang di kecapinya..
Tetapi… dilihat pada kemana harta yang di belanjakannya kejalan Allah, sebanyak manakah, bagaimana seeorang itu membimbing anaknya menjadi yang soleh dan solehah yang akan sentiasa berbakti pada orang tuanya serta cinta mereka hanya pada Allah..kejayaan sebenar juga dilihat paa bagaimana ilmu yang ada padanya dimanfaatkan, diamalkan, serta di sampaikan pada orang lain… dan banyak lagi pekara yang menunjukkan kejayaan sebenar…

The one who submits to Allah (subhanahu wa ta'ala) with his heart, mind and body will be a winner in both worlds.

Kejayaan juga dilihat pada bagaimana seseorang itu bermujahadah dengan dirinya, mendekatkan dirinya kepada Allah, mencintai Allah…itulah kejayaan dan kebahagiaan sebenarnya.. “kejayaan dan kebahagiaan sebenar adalah milik Allah…carilah Allah, cintai lah Allah.. pasti Allah mencintai kita”

“Dunia ini umpama layar bagi kita..tiap-tiap sesuatu itu datang dari Allah..layar yang baik pasti memberi pulangan yang terbaik…baik di dunia tambahlagi  di akhirat…”


Read More »

Friday, May 11, 2012

hubungi ALLAH


Kalau kita boleh call atau hubungi kawan kita secepat yang mungkin…kenapa tidak kita cari Allah seawal mungkin…jika orang lain  mengajak kita dan boleh terus kita tuniakan..kenapa tidak segala perintah Nya kita tuniakan.. siapa kita pada Nya.. apa yang di maksudkan dengan “HAMBA”… jadi lah hamba yang terbaik dan mulia di sisi Nya..yang mencintai Nya, RasulNya,…menjadi mujahid serta mujahidah yang mendambakan cinta Allah…
Bayangkan bila pada saat kita berdoa kita mendengar ini:
"Terima kasih, Anda telah menghubungi Rumah Allah ". Pilihlah salah satu:
* Tekan 1 untuk 'meminta'.
* Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
* Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
* Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau, bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

Bolekah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini:
"Jika Anda mau bicara dengan Malaikat Jibril, tekan 1.
Dengan Malaikat Mikail, tekan 2.
Dengan malaikat lainnya, tekan 3.
Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu, tekan 4.
"Untuk jawab pertanyaan tentang hakikat surga & neraka, silahkan tunggu sampai Anda tiba disini!!"

Atau boley juga Anda mendengar ini :
"Komputer kami menunjukkan bahwa Anda telah satu kali telefon hari ini, Silakan mencuba kembali esok hari."
"pejabat ini ditutup pada akhir minggu. Silakan telefon kembali hari isnin setelah pukul 9pagi."

Alhamdulillah, Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat telefon setiap saat!!!
Anda hanya perlu untuk memanggilnya saja dan Dia mendengar Anda.
Kerana bila memanggil Allah, Anda tidak akan pernah mendapat nada sibuk.
Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.

Ketika Anda memanggil, gunakan nombor utama ini: 24434
 2 : solat Subuh
4 : solat Dzuhur
 4 : solat Ashar
 3 : solat Maghrib
 4 : solat Isya
Tambahan..tika di tahajudmu, dhuha, sembahyang sunat yang lain..
p/s tiap2x waktu dan ketika…..

Info selengkapnya ada di Buku Telepon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadits Rasul"
Langsung contact, tanpa Operater tanpa Perantara, dan tanpa bayaran.

Nombor 24434 ini memiliki jumlah saluran penting yang tak terbatas dan seluruhnya buka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365@366 hari setahun !! Berapa juta manusia di bumi termasuk kita yang pada saat bersamaan memerlukan hubungi-Nya!!
“…Allah sentiasa menunggu kita..sentiasa ingin mendengar rintihan kita..janji Allah itu benar dan pasti…Allah ingin melihat kita sejauh mana keimanan kita kepada Nya…kasih sayang Allah pada Hamba nya tiada batasan…carilah Allah…hubungi Allah…Allah pasti mendengarnya..”
Tiap-tiap sesuatu berlaku dalam kehidupan ini adalah aturannya..jatuh bangun sesuatu itu adalah kehendaknya…Allah ingin kita kembali pada Nya..kembali sebagai HAMBA yang paling terbaik, yang paling mulia di sisi Nya…

“Jika hati kita itu hanya untuk Allah..campaklah kita di mana sahaja..pasti Allah bersama kita..tidak perlu kita menggunakan maxis, celcom, digi untuk hubungi Allah..kerana teknologi Allah lebih hebat..di mana sahaja, pada bila-bila masa..pasti Allah mendengar rintihan hamba Nya..campaklah diri di padang pasir sekali pon.. bila Allah sudah menyayangi kita pasti kebahagiaan itu untuk kita dunia akhirat…carilah Allah tiap ketika, cintailah Allah lebih dari segalanya…”



Read More »

Saturday, April 7, 2012

CINTA itu SUCI


"And from among mankind there are some who take for themselves (objects of worship as) rivals to Allah, loving them as they should (only) love Allah. And those who believe are stronger in their love for Allah."
(Qur'an, Al-Baqarah 2:165)
Cinta…. Cinta itu sungguh suci..cinta yang sejati, cinta yang menghampiri pada pencipta.. cinta yang agung cinta pada Nya..cinta itu bersih, suci...Cuma manusia yang mengotori cinta.. cinta itu menjaga.. kasih sayang itu adalah mulia.. dan kasih sayang itu lah milik Allah… cinta yang sebenarnya yang mendekatkan kita pada Allah.. yang membuat kita untuk terus berubah menjadi mujahid serta mujahidah yang mulia kerana Allah.. semuanya kembali pada Nya..oleh itu hargailah cinta….



Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padaNya ...

kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..


Kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

Kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...
Aku ingin kamu kamu tahu…yang aku sentiasa ingin kamu menjadi terbaik pada Nya..kerana cinta yang sebenar adalah cinta yang membawa ke syurga..aku sentiasa inginkan diri mu dan diri ku menjadi sehebat Rasulullah bersama Siti Khadijah… dan aku pasti…aku dan diri mu tahu apa yang terbaik untuk kita..untuk menjadi HAMBA..untuk mendapat rahmat dan kasih sayang dari Nya..

Aku mencintai diri mu kerana cinta mu kapada ku,
Kerana peribadi mu pada tuhan Mu,
Kerana pakaian yang mulia Mu pada tuhan Mu,
Kerana cantiknya diri mu pada pencipta Mu,
Kerana kuatan ibadah mu pada maha esa,
Kerana hebatnya cinta mu pada maha pengasih,
Kerana mata mu sering menangis kerana takut padaNya pada malam hari,
Kerana diri mu yang sentiasa ingin kembali kepada Nya,
Kerana diri mu sentiasa ingin kepada cinta Allah,
Dan tidak dapat aku katakan dengan kata-kata betapa aku cintakan pada Mu,

Dan aku ingin diri mu tahu…aku mencintai mu kerana kamu adalah anugerah Allah pada aku…untuk menemani aku dunia akhirat..bersama-sama di syurga….
Ya Allah..jadikan dirinya semulia siti khadijah kepada Rasulullah, jadikan dirinya sehebat siti aisyah mahupun Fatimah…jadikan diri nya dan diri ku soleh dan solehah..ya Allah biarlah kami menangis kerana ingin menjadi mulia di sisi Mu..menis kerana terasanya manisnya iman..menangis kerana rindu kan syurga Mu, mengangis kerana mencintai Mu…

“Love is just a word until someone comes along and gives it meaning.” ....and the true love that make them closed to Allah...

cinta itu milik Allah.. cinta yang benar hanya Allah yang mengetahui..janganlah kita mengotori cinta dengan pekara yang Allah benci..benci itu adalah lawan pada cinta..cinta itu timbulkan kebahagian..cinta itu penuh keindahan.. cinta yang sebenar, cinta yang membawa kita pada Nya, kembali pada kampong halaman kita iaitu syurga.. janganlah sesekali kita menyalah kan cinta, kerana itu ketetapan Allah.. terima seadanya..menghargai cinta..kerana cinta itu anugerah Allah pada kita.. peliharalah cinta itu untuk Nya.. ingatlah kita..cinta yang hakiki pada Nya..carilah cinta Allah..maka Allah akan berikan kita cinta yang sebenar, cinta yang mulia, cinta yang suci, cinta yang agung.. Ya Allah..kami pohon cinta dari Mu…cinta yang membuatkan kami hampir pada Mu dan terus menjadi mujahid serta mujahidah yang mendambakan cinta Mu…
‎"..Berilah hatimu hanya untuk Allah, 

pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik. 
Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, 
pasti Allah aturan seluruh hidupmu sebaik-baiknya.."



“…cinta itu milik Allah… kasih dan sayang ini juga milik Allah..maka cintalah Allah..pasti Allah berikan cinta yang agung…”




Read More »

Friday, March 9, 2012

solat itu tiang agama..(sempurnakan solat)

solat merupakan tiang agama..solat juga merupakan salah satu rukun islam.. umat islam di wajibkan sembahyang lima waktu sehari.. ***di tuntut juga melakukan solat sunat** kalau boleh sembahyang la sekali solat sunat tahajud ea..heee... solat juga boleh rapatkan persaudaraan..tu pon bagi orang yang solat jemaah..solat jemaah tu lebih baik dari solat seorangan...jemaah la ea..erm solat itu tiang agama..tanpa tiang yang sempurna...sesuatu binaan itu tidak akan kukuh, kuat..begitu juga agama..perkuatkan yang asas pasti yang lain akan mudah..solat dapat jauhkan dari kemaksiatan..solat juga dapat mendekatkan diri pada pencipta iaitu Allah..Allah suka orang yang mencari Nya...yang mengejar redha dan cinta Nya..

sedarkah kita selama ini kita solat sama ada betul-betul ketika solat itu kite mengingati Nya atau hanya melaksanakan Nya tanpan ada rasa khusyuk dan rendah diri pada Allah..sembahyang tapi lupa pada Allah..adakah selama ini kita sembahyang hanya menyebut bacaaan dalam solat tanpa kita memahami dan menghayati atau selama ini kita memahami serta menghayati Nya..?? oleh itu..tanya diri sendiri..tanya iman kita..Allah tidak melihat pada harta kita, rupa kita apa yang kita miliki di dunia ini..Allah hanya melihat kita siapa kita di sisi Allah...


sebut pasal bacaan dalam solat ingin berkongsi sikit makna-makna dalam solat...

Doa Iftitah

Selesai membaca takbiratul ihram, tangan langsung disedekapkan ke dada. Yang kanan menghimpit tangan kiri, pergelangan sejajar dengan pergelangan. Kemudian membaca doa iftitah (doa permulaan dan atau doa pembuka) yaitu:

Innii wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin. Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin.
Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan suci lagi berserah diri; dan aku bukanlah dari golongan orang-orang musyrik. Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan Semesta alam. Tidak ada sekutu baginya, demikian akau diperintahkan, dan aku adalah termasuk kedalam golongan orang-orang yang berserah diri.

Membaca do'a iftitah hukumnya sunnat. (Selain doa tersebut di atas, masih ada doa'a-do'a iftitah yang lain yang biasa juga dibaca oleh Rasulullah s.a.w.).

Al Fatihah
Seudah ta'awwudz, lalu membaca surah Al Fatihah. membaca surah Al Fatihah pada setiap rakaat solat (wajib/sunnah) hukumnya wajib.

Bismillaahirrahmaanirrahiim. Alhamdulillaahi rabbil'aalamin Arahmaanirrahiim Maaliki yawmiddiin Iyyaaka na'budu wa iyyaaka nasta'iin Ihdinash shiraathal mustaqiimShirathal ladziina an'amta alaihim gahiril maghdhuubi'alaihin waladh dhaalliin Aaamiin

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah yang memelihara sekalian Alam Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Yang merajai hari pembalasan Hanya kepada-Mu kami meyembah dan hanya kepada-Mu saja kami mohon pertolongan Tunjukilah kami jalan yang lurus Jalan mereka yang Engkau beri ni'mat, bukan jalan mereka yang engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.Kabulkanlah permohonan kami,ya Allah!

kalau boleh surah2x yang lain pon bagi faham maksudnya ea...

Ruku'
Subhaanakallahumma rabbanaa wa bihamdika allaahummaghfirlii ("Maha suci Engkau ya Allah, ya Tuhan Kami, dengan memuji Engkau ya Allah, ampunilah aku")

I'tidal
I'tidal atau bangun dari ruku seraya mengangkat kedua tangan membaca:

Sami'allaahu liman hamidah. Rabaanaa walakal hamdu. (Maha mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya. Ya Tuhan kami, untuk-Mu lah segala puji.")

Sujud 
Subhaanakallaahumma rabbanaa wa bihamdika Allaahummaghfirlii (Mahasuci Engkau ya Allah, ya Tuhan kami, dengan memuji Engkau ya Allah, ampunilah aku) 



Duduk Diantara Dua Sujud 

Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii, wa'fu'annii. (Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupilah aku, angkatlah derajatku, ber rizqilah aku, tunjukilah aku, sehatkanlah aku, dan maafkanlah segala kesalahanku.) 






Duduk Tahiyyat
Sikap duduk pada tahiyyat pertama (Tawarruk, keadaannya sama ketika duduk antara dua sujud menduduki kaki kiri, sedang kaki kanan tegak dengan jarijari kaki menghadap kiblat). Lain dengan sikap duduk pada tahiyyat kedua atau tahiyyat akhir (ifti-rasy, kaki kanan ditegakkan dengan jari-jari kaki menghadap ke arah kiblat).
Bacaan ketika tahiyyat ialah:

At tahiyyaatu lillaah, wash shalawaatu waththayibaatu
Semoga kehormatan untuk Allah, begitu pula segala do'a dan semua yang baik-baik.

Assalaamu'alaika ayyuhan nabiyyu wa rahmatullaahi wa barakaatuh
Salam sejahtera untukmu wahai para Nabi, dan rahmat Allah serta barakah-Nya.

Assalaamu'alainaa wa'ala ibaadillahis shaalihiin
Salam sejahtera untuk kami dan untuk para hamba Allah yang saleh

Asyhadu anlaa ilaaha illallaah, wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuuluh
Aku bersaksi bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahwa sesungguhnya Muhammad adalah hamba Allah dan Rasul-Nya

Contoh di atas adalah praktek solat subuh 2 rakaat. Bila Anda solat Maghrib 3 rakaat, maka bacaan tahiyyat pertama rakaat kedua cukup samapai pada "Allaahumma shalli 'alaa Muhammad" dan akhir rakaat ketiga bacaan tahiyyat dibaca dengan sempurna samapi "hamiidun majiid". Setelah itu memberi salam.
Bila anda solat 4 rakaat, yaitu Zohur, Ashar, atau Isya, maka akhir rakaat kedua persis sama dengan akhir rakaat kedua solat Maghrib. Pada akhir rakaat ketiga, tak ada tahiyyat, dan pada akhir rakaat keempat barulah anda sempurnakan bacaan tahiyyat hingga "hamiidun majiid", lalu memberi salam sebagai akhir dari shalat.

Allaahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'alaa aali Muhammadin, kamaa shallaita 'alaa Ibraahim wa'alaa aali Ibrahim, wa baarik 'alaa Muhammadin, kama baarakta 'alaa Ibrahiima wa'alaa aali Ibraahima, fil 'aalamiina innaka hamiidun majiid.
Ya Allah, berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia.


and this is related post... tentang solat..klik nie...  SOLATKU

akhir skali.. solat itu tiang agama..jaga suma rukun islam..kembalilah kita semua pada Allah dalam sesuci nya..kejarlah cinta Allah...Allah sentiasa menyayangi hamba Nya.. cari lah Allah..masuklah kedalam pintu-pintunya ketika Dia mengingatkan kita pada sesuatu..islam itu menyeluruh..islam itu indah..jangan kita ingin jadi indah pada pandangan manusia..tetapi jadilah indah pada mata Allah..cintailah Allah lebih dari segalanya..hidup mati kerana Allah..bila kita sudah menjadi kekasih Allah..Allah pasti akan jaga kita..dari kita hidup (buka mata) hingga kita meninggal (tutup mata)..hingga setiap perbuatan kita..bialah setiap nafas kita sentiasa mengingati Nya...



"kita jaga Allah... Allah jaga kita... kita cintakan Allah..Allah cintakan kita"



Read More »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...