Wednesday, July 6, 2011

Apakah itu CINTA?

Bismillahirrahmanirrahim,
-seorang lelaki jatuh cinta pada seorang perempuan.-


“aku betul-betul sayangkan dia,”ujar lelaki itu.”perempuan itu pun sayang/cintakan aku.
Aku memandangnya bersahaja..
“Kami berdua saling mencintai”,tambahnya lagi.
Kali ini aku menghela nafas.
“salahkah kami berjumpa?,keluar bersama-sama?sembang-sembang?kami hanya mahu melepaskan rasa rindu. Cinta kami terlalu menggunung..
Kau kata itu cinta namanya?? Kononnya cinta tak tertanggung,rindu mneyirat agung. Oh lautan api akan diredah,gunung tinggi akn didaki.langit angkasa akn dijejak.Bulan bintang akn mnjadi saksi.Segala apa pun sanggup dilakukan asalkan cinta bersemi didalam hati.
“aku betul2 sayangkan dia…cintakan dia…rasa itu memng bergelojak,menolak-nolak. Hati rasa tersiat. Seluruh tubuh seakan khianat.Kadang2 langsung tidak dapat mengawal diri.Ada masa hendak menangis menaggung cinta ini.Ada masa tersenyum-senyum sendiri.”aku cintakanmu,aishiteimasu,uhibbuki,sarag-haeyo,je t’ aime.’’Atau bahasa yg mempunyai makna yg satu.klu arif seribu bahasa,maka seribu bahasa mahu diluahkan.Mabuk,mimpi yg entah berapa tahun lagi baru menjadi reality,tapi terasa bahawa esok akn menjadi.
Benarkah itu cinta?kau panggil itu cinta?.saya bertanya.Kau tahu apa itu cinta?
Dia mengangguk pantas,”tahu,Cinta maknanya sayang.
“menjaga org yg kita sayangi dari kesengsaraan dan membuat dia bahagia”.”maka kau tidak mencintai dy sebenarnya.”Saya menjawb perlahan.Matanya membesar.”apa kau kata? Jangan hendak menghitung cintaku.Apa sahaja boleh kuberi.Jadi kenapa kau katakan aku tak cintakan dia?.
Mabuk. Dia tidak sedar. Yang dikatakan cinta itu hakikatnya tidak bernilai wlu satu habuk.
‘’sebab kau lontarkan diri kau dan org yang kau cintakan tu kedalam NERAKA”.Saya memandangnya tidak berkelip.
Dia terdiam.
Manusia terlalu bodoh.Dia merasakan cintanya agung melangit.tapi tak sedar,sebenarnya ketika itu,dia tidak mencintai.Hakikatnya dia juga tidak dicintai.Dia melontarkan pasangannya keneraka.Apakah itu cinta yg sebenar?
“cinta itu Mahal.Cinta yg sebenarnya yang dapat menebusi akhirat.Apa guna cinta didunia sahaja,kemudian diakhirat bermusuhan.dan apa guna jika cinta bertahan dikubur sahaja kemudian tertinggal.Cinta bukan hanya ucap tiga perkataan itu,Cinta yg sebenar adalah taat kpada Tuhan.Maka cinta kepada manusia berdiri diatas ketaatan.Bukan utk berseronok.tetapi cinta juga satu ibadah didalam kehidupan.Mustahil ibadah boleh bergerak seiring dengan kemaksiatan.

“dan katakanlah wahai lelaki2 yg beriman,agar mereka menjaga pandangan mereka,dan memelihara kemaluan mereka.Yang demikian itu lebih suci bg mereka.SUNGGUH Allah Maha mengetahui apa yg mereka lakukan(perancangan)-An-Nur 24:30-

“Tetapi aku bingung ada org seperti berkahwin ada anak hidup bahagia…”dia mahu pertahankan dirinya.
Apakah makna cinta jika ia tidak dikira sebagai kehidupan?hidup hanya utk Allah.apakah harga cinta itu jika ia ditolak dari sisiNya?kau bahagia didunia,tetapi kau sengsara diakhirat nanti.Apakah makna cinta?.

“dan ada dikalang mereka yg meminta.Ya Rabb kami,berilah kami apa yg ada didunia.Dan diakhirat kelak mereka ini tidak mendapat apa2 pun.-Al-Baqarah 2:200-

Secara tidak sedar cinta itu memerlukan sepenuh hati.Cinta sepenuh hati adalah hnya utk ilahi,daripada cinta ilahi inilah terbitnya cinta insani.cinta yg asasnya IMAN dan TAKWA. Cinta yg matlamatnya mendapat keredhaan Allah.
“habis salahkah aku bercinta?cinta fitrah manusia itu sendiri…”dia cuba membentak.
Cinta tak bersalah,jatuh cinta bkn jenayah.Persoalannya,bagaimana kamu bercinta?

“sesungguhnya setiap amalan itu dikita dengan niat, dan setiap manusia akn mendapat apa yg diniatkan.Sekiranya dia berhijrah kerana Allah dan Rasullnya,maka dia akn mendapat Allah dan RasulNya.Jika dia berhijrah krana dunia utk mendapat isinya,atau kerana wanita utk mengahwininya maka dia akn berhijrah kearah apa yg dia hijrahkan (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Akhirnya,manusia x mndirikan cintanya dengan asas iman dan takwa akn melihat jawapanya kpada 3 persoalan itu adalah sama.Nafsu,Ya.Kepuasan diri semata-mata.Rapuh bukan?Sedangkan cinta itu saling kasih mengasihi.
“tapi..tapi..aku bukan sekadar mnintai sahaja aku sanggup berkorban.Aku belikan dia itu dan ini…aku..
“itu semua tipuan sahaja,kau berkorban untuk dia mencintai kau bukan??Bukan itu mementingkan diri sendiri?.Kau mencintainya utk diri kau.kau namakan itu cinta?.akhirnya kepalanya tertunduk.Saya menghela nafas,Daifnya cinta manusia.Syaitan menghias-hias cinta daif itu mnjadi agung.Mahu merentas neraka bersamakah?

“dan syaitan telah mnjadikan indah bagi mereka perbuatan-perbuatan buruk mereka.sehingga menghalangi mereka dari jalan Allah,maka mereka tidak mendapat petunjuk.(An-Naml 27:24-)

Cinta itu datang dengan tangunggjawab.Tangunggjawab membahagiakan pasangan kita.Apakah makna cinta jika melontar pasangan kita ke neraka?
Kita akn ada anak,kita akn ada kerja,hidup berkelurga nanti penuh dengan cabaran.pandanglah dari sudut yg akn datang..Biasanya bercinta berdasarkan kepuasan diri hanya Nampak batas digerbang perkahwinan sahaja…Nampakkah dia bagaimana hendak membesarkan anaknya nanti,hendak menyara keluarganya nanti?Lebih besar lagi bagaimana dia hendak membawa keluarganya hidup dalam keredhaan Allah?
Kebaikan akn memusnahkan keburukan tetapi keburukan tak dpt memusnahkan kebaikan.Cinta adalah ibadah.Bukan hanya untuk memuaskan perasaan sahaja.

“Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan hanya untuk beribadah.”(Adz-dzariat 51:56)

Habis bagaimana aku sekarang perlukah aku memutuskan cinta???
Saya menggeleng.Belakang tubuhnya ditepuk lembut..
“PERBAIKI diri kamu, dan ajklah org yg kamu cintai itu kembali utk muhasabah.Sama-Sama kamu perbaiki diri.Binalah kembali cinta yg berasaskan cinta kepada ILAHI.Bercintalah dgn cara yg betul dan matlamat yg betul.

“Sekiranya kamu bersyukur kepada-Ku , maka akn Aku tambahkan bagimu (nikmatKu) (Ibrahim- 14:7)

Dia menghela nafas. Saya tersenyum sahaja. Bukan senang tapi itulah jalannya.Sebab syurga dan harga yg kekal abadi itu lebih mahal nilainya….-tertarik dengan buku Batu-Bata kehidupan m/s 134 by-Hilal Asyraf b. Abd Razak n kongsikan buat diri dan semua =)
Pesanan buat diri dan sahabat: “manusia memang tidak akan sempurna.Namun manusia boleh bergerak kearah kesempurnaan.sekurang-kurangnya,jika x menjadi sempurna pun dia hampir mnjadi sempurna..” J
Post akan dtg “Rasa perlukan Teman Wanita/Lelaki??Berfikirlah panjang sedikit..”tunggu~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...