Thursday, April 28, 2011

~ Mujahidah, Muslimah, Mukminah ~ Hiasan dunia

~ Kau digelar sebagai penyeri dunia ~

Hadirmu melengkap hubungan manusia

Bukan sahaja dirindui yang biasa

Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut

Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu

Jua hatimu bak kaca yang rapuh

Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki

Bukan dari kaki untuk dialasi

Bukan dari kepala untuk dijunjung

Tapi dekat dibahu untuk dilindung

Dekat jua di hati untuk dikasihi

Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok

Jika datangnya dari kayu yang bengkok

Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan

Bukannya harta ataupun pujian

Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa



Sedarilah insan istimewa

Bahawa kelembutan bukan kelemahan

Bukan jua penghinaan dari Tuhan

Bahkan sebagai hiasan kecantikan

******
Wahai wanita, Wahai Hawa....

jadilah kamu wanita yang terbaik..sebaik ummul solehah, secantik Balqis, Siti Aisyah, Siti Khadijah...dambakan lah kamu kepada cinta Allah..wahai wanita solehah..


p/s Dy owg yakin ngn dy..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...