Monday, May 2, 2011

SOLATKU..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..-DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI~
Ingin daku berkongsi bersama kalian,

OH SOLATKU….
Subuhku..
Dimana aku berada
Masih enak didalam kelambu rindu
Sambil berpoya-poya dengan waktu
Masa bagaikan menderu
Terlupa aku semakin dihujung waktu
Siapa aku didepan tuhanku..
Ingati aku,aku adalah HAMBA,HAMBA….
Zohorku..
Aku lebih memikirkan kelaparan
Kehausan,alpa dengan rangcangan2 di lensa televisyen..
Aku bertolak ansur dengan waktu
Aku terlupa betapa besar kerugian
Jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
Siapa aku didapan Tuhanku.
Ingati aku,aku adalah HAMBA,HAMBA…
Asarku..
Aku lupa warna masa
Cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
Aku masih dengan secawan miloku
Terlupa panas tidak dihujung kepala
Masih lagi leka dengan duniaku ynag sementara
Siapa aku di depn Tuhanku..
Ingati aku,aku adalah HAMBA,HAMBA…
Magribku..
Aku melihat warna malam mencari sisa-sisa keseronokan
Tidak terasa ruang masa yang singkat
Siapa ku didepan Tuhanku..
Ingati aku,aku adalah HAMBA,HAMBA…
Isyakku..
Aku mmbiarkan penat menghimpit dadaku.
Aku mmbiarakan kelesuan menggangguku
Aku rela terlena sambil menarik selimut biru
Siapa aku didepan tuhanku..
Ingati aku,aku adalah HAMBA,HAMBA…
Kini aku menjadi tertanya-tanya
Sampai bila aku akn
Melambatkan sujudku
Apabila azan berkumandang lagi
Aku tidak akan mmbiarkan masjid/surau menjadi sepi
Kerana dihujung hidup adanya mati…


Ingatkan diri ini aku adalah HAMBA ALLAH..PadaMu aku mengadu,memohon,agar ditambahkkan iman dan takwa..agar menjadi insan yang berguna pada keluarga,dan saudara islam yang lain.

Asal dr- sahabat, dicopy dan diedit by alfieyra_meyra

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...