Bismillahirahmanirrahim.
Surah ini diturunkan sebelum Hijrah dan merupakan surah
kelima diturunkan kepada Rasulullah.
Surah yang menjadi syarat sah didalam solat kita.
Rasulullah meriwayatkan dalam hadis qudsi, mengenai Surah ini.
1) Apabila hamba-Ku berkata,
“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,”
maka Allah swt menjawab, “Yang hambaKu memujiku”
“Hamba-Ku telah
memulai dengan menyebut nama-Ku. Dan kerananya Aku berhak untuk menyempurnakan
segala perkaranya serta memberkati seluruh keadaannya”
2) Apabila hamba-Ku berkata,
“Segala puji bagi Allah, Tuhan Alam Semesta,”
Maka Allah swt berkata, “Yang hambaKu memujiku”
“Hamba-Ku telah memuja-Ku, dia tahu bahawa nikmat yang ada
di sisinya adalah dari-Ku dan bencana yang dijauhkan darinya adalah lantaran
kasih sayang-Ku. Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku tambahkan nikmat-nikmat
akhirat di samping nikmat-nikmat dunia dan akan Kujauhkan darinya
bencana-bencana akhirat sebagaimana Kujauhkan darinya bencana-bencana di dunia.
“
3) Apabila hamba-Ku berkata,
” (Allah) Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang,”
Maka Allah swt berkata,”Yang hambaKu memujiku”
“Hamba-Ku telah menyaksikan -Ku bahawa Akulah Yang Maha
Pengasih dan Maha Penyayang, kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan
penuhi nasib hidupnya dengan rahmat-Ku dan akan Kukurniai hayatnya dengan
pemberian-pemberian-Ku.
4) Apabila hamba-Ku berkata,
“Yang Menguasai hari Pembalasan,”
Maka Allah swt berkata,”Yang hambaKu memujiku”
“Kupersaksikan kepada kalian sebagaimana yang diakuinya
bahawa Akulah yang bekuasa pada hari pembalasan itu, dan akan Kupermudah
hisabnya pada hari hisab kelak serta akan Kumaafkan segala kesalahannya.
5) Apabila hamba-Ku berkata,
“Hanya Engkaulah yang aku sembah’”
Maka Allah swt berkata,”Ini antara Aku dan HambaKu dan
baginya terhadap apa yang dia minta”
“Hamba-Ku benar ketika dia menyembah-Ku. Kini Kupersaksikan
kepada kalian bahawa Aku akan berikan kepadanya ganjaran kerana ibadahnya
sehingga orang-orang yang tidak sama sepertinya akan merasa iri hati kepadanya”
Apabila hamba-Ku berkata,
“dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan,”
Maka Allah swt berkata’”Ini antara Aku dan HambaKu dan
baginya terhadap apa yang dia minta”
“Hamba-Ku telah meminta pertolongan dari-Ku dan kembali
kepada-Ku, kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan menolongnya dalam
setiap urusannya. Aku akan membantunya dalam kesulitan-kesulitannya dan akan
Kuhulurkan tangan-Ku kepadanya pada saat dukanya.”
6) Apabila hamba-Ku berkata,
“Tunjukkan kepada kami akan jalan yang lurus, (iaitu) jalan
orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat, bukannya (jalan) mereka yang
dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.”
Maka Allah swt berkata,”Ini antara Aku dan HambaKu dan
baginya terhadap apa yang dia minta”
“Bahagian ini untuk hamba-Ku. Mereka berhak mendapatkan apa
yang mereka mohonkan. Aku telah kabulkan permohonan hamba-Ku, Aku telah berikan
kepadanya apa yang diharapkan. Aku telah menyelamatkannya dari apa yang dia
mohonkan dengan perlindungan-Ku.”
—Bila kita baca surah ni dalam setiap solat kita mesti
seronokkan bila bayangkan Allah tengah menjawab apa yang kita baca..sweetnya
Allah…
ada kisah Umar bin Abdul Aziz, setiap kali beliau membaca
surah Al-Fatihah beliau menghayatinya ayat demi ayat dan diam sejenak diantara ayat ke ayat, ketika ditanyakan
alasannya, beliau menjawab “aku ingin menikmati jawapan TUHANKU “
seandainya ketika membaca Al-Fatihah didalam hatinya seorang
merasakan bahawa Allah menjawab ayat demi ayat nescaya ia terbang kegirangan….
:’)
No comments:
Post a Comment