Saturday, May 4, 2013

AL-FATIHAH :BERKOMUNIKASI DENGAN ALLAH


Bismillahirahmanirrahim.

Surah ini diturunkan sebelum Hijrah dan merupakan surah kelima diturunkan kepada Rasulullah.

Surah yang menjadi syarat sah didalam solat kita.

Rasulullah meriwayatkan dalam hadis qudsi, mengenai Surah ini.

1) Apabila hamba-Ku berkata,

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,”

maka Allah swt menjawab, “Yang hambaKu memujiku”

“Hamba-Ku  telah memulai dengan menyebut nama-Ku. Dan kerananya Aku berhak untuk menyempurnakan segala perkaranya serta memberkati seluruh keadaannya”

2) Apabila hamba-Ku berkata,

“Segala puji bagi Allah, Tuhan Alam Semesta,”

Maka Allah swt berkata, “Yang hambaKu memujiku”

“Hamba-Ku telah memuja-Ku, dia tahu bahawa nikmat yang ada di sisinya adalah dari-Ku dan bencana yang dijauhkan darinya adalah lantaran kasih sayang-Ku. Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku tambahkan nikmat-nikmat akhirat di samping nikmat-nikmat dunia dan akan Kujauhkan darinya bencana-bencana akhirat sebagaimana Kujauhkan darinya bencana-bencana di dunia. “

3) Apabila hamba-Ku berkata,

” (Allah) Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang,”

Maka Allah swt berkata,”Yang hambaKu memujiku”

“Hamba-Ku telah menyaksikan -Ku bahawa Akulah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan penuhi nasib hidupnya dengan rahmat-Ku dan akan Kukurniai hayatnya dengan pemberian-pemberian-Ku.

4) Apabila hamba-Ku berkata,

“Yang Menguasai hari Pembalasan,”

Maka Allah swt berkata,”Yang hambaKu memujiku”

“Kupersaksikan kepada kalian sebagaimana yang diakuinya bahawa Akulah yang bekuasa pada hari pembalasan itu, dan akan Kupermudah hisabnya pada hari hisab kelak serta akan Kumaafkan segala kesalahannya.



5) Apabila hamba-Ku berkata,

“Hanya Engkaulah yang aku sembah’”

Maka Allah swt berkata,”Ini antara Aku dan HambaKu dan baginya terhadap apa yang dia minta”

“Hamba-Ku benar ketika dia menyembah-Ku. Kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan berikan kepadanya ganjaran kerana ibadahnya sehingga orang-orang yang tidak sama sepertinya akan merasa iri hati kepadanya”

Apabila hamba-Ku berkata,

“dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan,”

Maka Allah swt berkata’”Ini antara Aku dan HambaKu dan baginya terhadap apa yang dia minta”

“Hamba-Ku telah meminta pertolongan dari-Ku dan kembali kepada-Ku, kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan menolongnya dalam setiap urusannya. Aku akan membantunya dalam kesulitan-kesulitannya dan akan Kuhulurkan tangan-Ku kepadanya pada saat dukanya.”

6) Apabila hamba-Ku berkata,

“Tunjukkan kepada kami akan jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat, bukannya (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.”

Maka Allah swt berkata,”Ini antara Aku dan HambaKu dan baginya terhadap apa yang dia minta”

“Bahagian ini untuk hamba-Ku. Mereka berhak mendapatkan apa yang mereka mohonkan. Aku telah kabulkan permohonan hamba-Ku, Aku telah berikan kepadanya apa yang diharapkan. Aku telah menyelamatkannya dari apa yang dia mohonkan dengan perlindungan-Ku.”

—Bila kita baca surah ni dalam setiap solat kita mesti seronokkan bila bayangkan Allah tengah menjawab apa yang kita baca..sweetnya Allah…

ada kisah Umar bin Abdul Aziz, setiap kali beliau membaca surah Al-Fatihah beliau menghayatinya ayat demi ayat dan diam sejenak  diantara ayat ke ayat, ketika ditanyakan alasannya, beliau menjawab “aku ingin menikmati jawapan TUHANKU “

seandainya ketika membaca Al-Fatihah didalam hatinya seorang merasakan bahawa Allah menjawab ayat demi ayat nescaya ia terbang kegirangan…. :’)
Read More »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...