Friday, June 10, 2011

‎~ muslimah yang hebat, muslimah sejati, muslimah pemburu syahid di jalan Nya ~


Jadilah seorang wanita solehah, Yang selalu menjaga lisan, penyayang keluarga & suaminya, Matanya kepenatan kerana membaca Al-Qur'an, Suaranya lesu kerana penat berzikir, Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan, Bangunnya Subuh penuh kesigapan.
Karena dia sadar betapa indahnya menjadi wanita solehah melebihi perhiasan apapun didunia. Semakin sedar bertambah usianya bertambah kematangannya.. Jadilah seorang wanita solehah. Yang tidak terpesona dengan buaian dunia, Kerana dia mengimpikan syurga Allah.. Insya Allah..
Jadilah kamu wanita yang hebat, dunia akhirat, penyeri keluarga, akal biarpun senipis helaian rambut, bekalkan lah ia,penuhilah ia penuh ilmu agama, muslimah solehah penyeri keluarga, penyeri hidup si kaum adam, hebat kan diri mu dangan pelbagai pekara, biar di dalam dada mu penuh dengan kalam Allah, wahai an nisaa’ biarpun kamu menjadi pandangan, perhatian ramai lelaki, jadilah kamu muslimah yang dapat merendah kan padangan adam kepada mu kerana ke muliaan yang ada pada mu, supaya pandangan mereka mengingati pencipta mu wahai an nisaa’.
Sebaik hiasan di dunia adalah wanita solehah, kejadian mu dari adam dengan penuh rahsia, hanya Allah tahu kelebihan yang ada pada mu, hawa jadi lah kamu muslimah solehah, mukminah, yang mendamba kan cinta Allah, yang sentiasa memburu syahid di jalan Nya, wahai muslimah, jadi lah kamu ketua bidadari di syurga kelak, hebat kan diri mu sampai membuat kan bidadari di syurga cemburu akan kemuliaan yang ada pada mu wahai muslimah...
Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita (isteri) yang sholehah. (HR. Muslim)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...