Friday, October 28, 2011

Hebatnya Wanita, Isteri Muslimah Solehah Mujahidah

“Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah” Assalamualaikum... " bismillah yang maha pemurah lagi maha penyayang " wanita dijadikan Allah begitu sempurna.. Ya semua ciptaan Allah memang sempurna.. di jadikan Hawa dari Adam... Allah tidak cipta Adam sendirian..tetapi Allah mencipta Adam seorang teman untuk di syurga, Hawa... lalu bercintalah mereka di syurga kelak.. wanita...
Read More »

Monday, October 24, 2011

Khutbah Terakhir Rasul Allah SWT.. T_T" ( cinta Muhammad )



Khutbah Akhir Nabi Muhammad S.A.W
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."




"Ya Allah sesungguhnya kami merindui Mu dan juga Muhammad pesuruhMu ya Allah..tempatkan kami, ibu bapa kami, anak-anak kami, sahabat kami, seluruh muslimin dan muslimat bersama-sama di syurga ya Allah...jadikan kami sebaik Rasulullah..moga kami menjadi yang terbaik, yang paling bertaqwa kepada Mu..semulia Nabi Muhammad S.A.W Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...Ameen"

Read More »

Friday, October 14, 2011

~ pemburu syahid ~

“Barangsiapa sungguh-sungguh memohon mati syahid kepada Allah, maka Allah menghantarkannya ke kedudukan orang-orang yang mati syahid, sekalipun dia mati di atas tempat tidurnya” Ya Allah kami memohon pada Mu.. golongkan kami ,ibu bapa kami, keluarga kami, anak-anak kami, sahabat-sahabat kami, semua muslimin dan muslimat dalam golongan yang memburu syahid pada Mu.. T_T Wahai para pemuda pemudi...
Read More »

Saturday, October 1, 2011

The Apple on the Path.

There was once a man who was travelling and felt really hungry. Walking past a garden he saw an apple on the walk path.It had fallen off a branch that extended beyond the garden fence. He picked it up and ate it.Shortly thereafter, he was struck with the guilt that he had consumed a fruit that did not belong to him.He set out to find the owner of the garden to inform him that he ate one of his apples...
Read More »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...