Tidak semua gambar berunsurkan dakwah dapat menyentuh
jiwa-jiwa yang melihatnya,
Tidak semua bait-bait perkataan bertemakan dakwah dapat
membuka pintu hati-hati yang membacanya,
Tidak semua butir-butir bicara sang pendakwah dapat
menyedarkan mereka yang kontang.
Dakwah perlukan ilmu,
Dakwah perlukan tarbiyah,
Dakwah perlu berterusan,
Dakwah perlukan komtimen,
Dakwah perlukan pengorbanan.
Dakwah bukan seperti jualan album,
Dakwah ini asing di mata masyarakat,
Dakwah dipandang remeh, dicaci, ditolak ditindas,
Namun, mereka tetap menyampaikan kerana Sabda Rasulullah SAW
: “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” [Bukhari]
Jika kita ini tidak mampu berdakwah,
Janganlah kita ini menjadi antara orang yang menjatuhkan
dakwah,
Semoga Allah tidak memalingkan hati-hati sang dai’e dalam
memperjuangkan agama Allah.
Dan, semoga kita akan tergolong diantara mereka yang
berjihad memperjuangkan agama Allah.
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru
(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala
perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).
Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. [Al-Imran
3:104]
No comments:
Post a Comment