Thursday, July 7, 2011

Sayaperlukanwanita.-“Batu-bata Kehidupan “-HILAL~

Bagaimana agaknya klu jiwa meronta mencari teman?Sejauh manakah dia meletakkan akalnya diatas neraca keimanan ditengah kegelisahan?

SAYA PERLUKAN TEMAN WANITA! Maka dimana jalan penyelesaian?

“aku sunyi, aku sepi.Aku mahu ada teman yg ada disisi.Yang bole diajak kongsi itu dan ini.Yg sentiasa ada ketika aku memerlukannya.Yg mencari aku ketika dia pula memerlu.
Aku inginkan teman yg sentiasa senyum disaat aku tersenyum.Yang berkongsi air maataku.Yang mendamaikan jiwa laraku.Yang menghapuskan gelisah hatiku.
Badai hati x terkata.Gelora jiwa sangat terasa sukarnya hidup berseorangan sahaja.Kala cabaran2 datang menerpa.Mungkin sahaja diri akn tumbang.Seandai teman tiada disisi…

RASA DIRI INI SUDAH BESAR
RASA DIRI INI PERLUKAN TEMAN

Cinta membuak2 .Syarak perlu jaga.Maka aku inginkan teman.Biar diri x tercela.
RESAH!GELISAH!BERPUSING-PUSING PAYAH!
Siapakah yg mendengar suaraku…
BANTULAH AKU!!!





WAHAI JIWA YG MERONTA…

Aku “HATI” memahami.Kondisi yg tersepit ini juga kurasai.tapi bukan LEBIH BAIK kau tidak menyempitkan diri.Pandanglah dengan keluasan,apa telah kau bergerak dengan kesediaan???
Kau bicara perlukan teman.Apakah atas dasar nafsu @ tanggungjawab Tuhan ?
Kau katakan kau perlukan teman,mengisi  kekosongan hidup dan membuang kelaraan. Tetapi adakah kau bersedia membawanya ke Syurga dan menjauhkannya dari Neraka?
Menjemput teman wanitamu itu bkn sekadar menyelesaikan masalahmu,Bahkan menjemput banyak masalah dan tangunggjawab baru.memimpin manusia ke syurga, mnjadi contoh 24jam tanpa wujud kerehatan,mncari nafkah membina keluarga,mentarbiah teman wanitamu itu kejalanNya.Banyak lagi yg kau x terfikir dan jangka..
Kadang-kala kita lupa akan tanggungjawab.Berkahwin atas nafsu semata-mata memang akn wujud kerapuhan.Walupun jalan yg diambil mengikuti syarak.Asas binaan rumah tangga bukan hanya  perkara2 yg teknikal sahaja, malah niat dan matlamat,kefahaman dan juga kejelasan akn ertinya membina keluarga.
Nafsu bukanlah dimaksudkan dengan seks sahaja. Bukakan minda anda.Perkahwinan yg baik adalah apabila seseorang itu tahu dan memahami apakah tujuan mereka membina rumah tangga dan apakah sumbangan terhadap ummah.Disini lah akn dilihat betapa tanggungjawab itu lebih besar dari nafsunya sendiri.Disitulah nafsunya akn dikekang kuat,agar sekurang-kurangnya bersedia memikul tanggungjawab tadi.Perkahwinan bukan isu personal malah ia isu ummah.Batu-bata ummah adalah rumah-rumah tangga.Sekiranya institusi rumah tangga ini hancur,maka rapuhlah ummah.Batu-bata bagi rumah tangga pula adalah individu,justeru individu perlu perhatikannya..Hal ini adalah tanggungjawab.
Bukan hanya tahu melayan gelora jiwa.Bukan hanya pandai berasa hati.


BUKAN  ISU MENUNGGU “SEMPURNA”…..klu mahu mahu menunggu kesempurnaan,memang sampai kesudah takkan berkahwin ;)


Apa yg ditekankan adalah “TANGGUNGJAWAB”.Gelora jiwa remaja besar.Yg tahu ingin berkahwin.Perancangan tiada.Kefahaman tiada.Rasa tanggungjawabnya rendah.Disiplin tidak terbina.Peribadi tak dilatih.Akhirnya lahirlah rumah tangga yg x mampu menyumbangkan kegemilangan islam.Ini sepatutnya diperhatikan,jika benar kita hendak mengembalikan islam sebagai pemerintahan dunia.

DISINILAH BICARANYA
RASA PERLUKAN TEMAN WANITA/LELAKI?
BERFIKIR PANJANGLAH SEDIKIT…

“Cinta akn terus hangat.Kerana ia fitrah insan yg akn terus diperbincangkan.Pelbagai fatwa ulama-ulama yg tidak rasmi dikeluarkan mengenai cinta.Apabila masuk bab cinta isunya akn  hangat mengalahkan isu Palestine,perjuangan dan kebangkitan.Apabila masuk bab cinta semua melontarkan komen yg seakan alim benar akn halnya..tidak segan salah mengekspresi diri akn hal cinta.itulah penangan cinta.Tapi siapa yg mengetahui,bagaimana cinta itu sendiri dalam islam.buat renungan diri dan semua..”

2 comments:

  1. salam,
    truly inspiring blog, keep it up :)
    and thanks for dropping by my humble blog XDD

    ReplyDelete
  2. salam..terima kasih atas ziarah ke blog saya yang tidak seberapa...

    blog yang menarik :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...