Saturday, September 15, 2012

Bergerak Menjadi Baik.

Tidak ada yg pernah terlewat bagi menjadi lebih baik , selagi kita belum mati , sebelum matahari terbit dari arah barat.kita tidak tahu masa bila akan diambil nyawa ini. Maka kita tidak boleh melakukan penangguhan bagi menjadi seorang yg lebih baik. "Better late than never but better not late at all" :)
menjadi lebih baik ni ternyata lebih sukar. Kita perlu menjaga diri kita dan perlu sentiasa berjaga-jaga. apabila melakukan kesalahan hendaklah selalu beristighfar dan bertaubat.Kerna itu adalah mahar bagi mendapat Rahmat Allah yg tidak berbelah bahagi.Pengorbanan yg sedikit itu membawa seribu makna

Allah tidaj kejam..
setiap amal ada pembalasan,
setiap pengorbanan ada timbal baliknya.
Dia Maha Adil, Maha Penyayang , Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana.

-Perlahan dan istiqamah.
bukan mudah , Bahkan terasa diri ini tidak mampu menjadi lebih baik.Mustahil manusia mencapai kesempurnaan.Tetapi manusia boleh bergerak kearah kesempurnaan, mungkin tidak mencapainya, namun dalam usaha itu insyaAllah akn meningkat kearah kebaikan.semakin jauh kita ingin mencapai kesempurnaan semakin diri kita meningkat baik :)

hendak menjadi baik perlulah sentiasa bersabar, tabah , dan cekalkan hati . Bermula dgn perkara asas yg perlu dibaiki insyaAllah.

*manusia ibarat tanah liat yg mahu dibentuk menjadi tembikar yg cantik. Perlu dibentuk perlahan-lahan dgn penuh kehalusan.

#aku tidak mencari sempurna, namun aku sukakan usahanya untuk menjadi lebih sempurna mengikut acuaNya.



Read More »

Monday, August 27, 2012

Cinta itu milik siapa


Love come in two ways... from our brain or our heart.. if it come from our brain, we have to check ourself.."the true love come from the pure heart".. guide the love for the sake of Allah... The Best Love is When You Love Someone... who makes your imaan rise... who make you more pious... and who helps you more in the dunya... because that person want to meet you again.... in Jannah

Aku tidak pandai bercinta…aku bukan seorang yang pandai menilai cinta... aku Cuma ingin bercinta dan di cintai… cinta itu penuh dengan rahsia, penuh nilainya… cinta bukan hanya dengan kata, bukan hanya dengan apa yang di korbankan..jangan pernah menghukum cinta.. cinta itu ada caranya, dan hargailah cinta itu sebenar-bernarnya…cinta itu mulia.. siapa yang lebih tahu tetang cinta melainkan hanya yang maha mencintai… cinta itu milik Allah..

Cinta itu di tuntut… cintailah semua orang, ibu bapa kita, saudara, sahabat handai dan sebagainya.. cintai tidak semestinya dibalas dengan cinta..biarlah kita mencintai tanpa menginginkan pembalasan atau balasan cinta kembali…

" Barangsiapa ingin memperoleh kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang hanya kerana Allah SWT. "

Cinta itu tidak cukup hanya kita simpan di dalam hati… cinta itu tidak salah di ungkap dengan cara yang betul.. dan cinta itu tidak cukup dengan kata-kata sahaja..

" Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia mencintainya. "HR Abu Daud dan At-Tirmidzi


Boleh jadi juga cinta itu di dalam diam.. cintailah seseorang itu secara diam-diam, seperti kisah cinta suci Saidatina Fatimah r.a dan Saidina Ali k.w, yang akhirnya Allah pertemukan jua. sesungguhnya mereka yang mencintai secara diam itu sedang berjihad. berjihad menentang kehendak diri. menundukkan nafsu hati

Hebatnya cinta nabi Muhammad S.A.W bersama Siti khadijah, cinta saidinina Ali bersama Siti Fatimah… pohonlah pada Allah cinta yang mulia di sisi Nya…cinta itu perlu, dengan cinta kita dan merasa manisnya iman..

" Ada tiga perkara dimana orang yang memilikinya akan merasakan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan rasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan untuk menjadi kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana enggannya kalau dilempar ke dalam api. " HR. Bukhari dan Muslim

Ya Allah… aku ingin bercinta dengan Mu.. mencintai dan dicintai yang sebenarnya..kurniakan cinta yang mulia… cinta itu milik Allah..

Pandulah cinta kita dengan cara yang betol..jangan sampai kita dibohongi cinta itu… pohon pada Allah moga di bimbingnya dengan kasih sayang dan rahmatNya..

" ( Walaupun demikian ), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah ( untuk menjadi ) sekutu-sekutu ( Allah ), mereka mencintainya, ( memuja dan mentaatinya ) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta ( taat ) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman ( syirik ) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, ( nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu ). " Q.S Al-Baqarah : Ayat 165



Cinta itu berkait rapat dengan iman… cinta itu indah..janganlah kita mengotori cinta itu.. bila cinta dan iman itu sebati.. maka hebatlah jadinya..

" dengan dua sayap inilah (cinta dan keimanan) Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan. "

Allah lebih tahu apa yang tersemat di dalam hati kita, di dalam dada kita… apa yang kita sembunyikan dan apa yang kita zahirkan.. Allah maha mengetahui.. cintalah Allah melebihi segalanya… dan pandulah cinta itu sebaik-baiknya…

Dari Abu Hurairah RAa, Rasulullah SAW bersabda;
" Demi zat yang jiwaku ada dalam genggamanNya, kamu sekalian tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling mencintai. " HR Muslim

“Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu.”

Jatuh cinta lah kepada Allah… Fall in love with ALLAH and your heart will never be broken, your love will never be wasted because He is the Loving One (Al-Wadud)


“…cinta itu milik Allah… kasih dan sayang ini juga milik Allah..maka cintalah Allah..pasti Allah berikan cinta yang agung…”

Akhir kalam… "andai mahu bercinta, bercintalah sampai ke syurga-Nya"

The best love is when you love sumone who makes your imaan rise... who makes you more pious… and who helps you more in dunya... because that person what to live with you together and meet you again….in jannah… inshaAllah…



Dari aku yang tidak pandai bercinta… yang pasti CINTA ITU MILIK ALLAH



Read More »

Saturday, August 11, 2012

Allah give and forgive :’)


Tika mencuba untuk bersabar pada saat keadaan sekeliling menuntut diri untuk marah, kita berlawan dengan nafsu, akal waras dan iman;

NAFSU: Kau perlu marah! Dia dah melampau! Jangan sampai dia pijak kepala kau!

AKAL WARAS: Kalau nak marah, marahlah. Tak marah pun tak apa. Mana yang terbaik untuk kau, buatlah.

IMAN: Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Dan keimanan seseorang mukmin itu dinilai apabila dia mampu mengawal dirinya semasa marah. Tak payahlah marah. Allah tu Maha Adil. Dia mendengar doa hamba-hambaNya yang dizalimi. Ada hikmah semua ni terjadi. Allah nak kau jadi lebih sabar. Sabarlah ya. Makin sabar, makin Allah sayang :)


“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Surah al-Ankabut, ayat 2)

Ya,ujian itu Allah SWT turunkan dengan tujuan untuk menguji keimanan kita. Dan, setiap kesulitan itu datang dengan penuh berhikmah. Lalu untuk apa kita marah jika ujian yang Allah timpakan itu adalah bertujuan untuk kita lebih dekat kepadaNya? Hatta, bila mana orang membuat kita marah, itu pun adalah satu ujian daripada Allah SWT. Maka,bersyukurlah. Bersyukurlah kerana kita ini adalah antara hamba-hambaNya yang terpilih untuk dicintaiNya dan diberi peluang untuk mencintaiNya. Bukankah Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengetahui? Percayalah, semua yang berlaku itu ada hikmahnya. Kadangkala, kita boleh berfikir sendiri tentang hikmah sesuatu ujian itu.

La illaha ila anta, subhanaka, inti kuntu minaz dzalimin.

(Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah, Maha Suci Engkau, dan aku tergolong dalam hamba-hambaMu yang menzalimi diri sendiri.)

Sabarlah dalam bersabar.


Read More »

Monday, August 6, 2012

Motivasi: Sebelum Aku Bernikah: Ummi Abah, Hilal Mahu Kahwin.


Di dalam hidup ini, ada beberapa kali saya meluahkan kepada Ummi dan Abah bahawa saya mahu berkahwin. Saya tidak pernah segan untuk berbicara perihal itu dengan Ummi Abah saya. Saya tidak pernah takut jika mereka menolak, dan tidak pernah rasa rendah dengan pandangan-pandangan yang diberikan mereka.
Satu perkara yang saya respect dengan Ummi Abah saya, adalah mereka mendengar.
Itu satu perkara yang positif, yang saya kira patut dicontohi oleh ibu bapa hari ini. Bukannya terus mengherdik anak sebagai gatal, bukannya terus marahkan anak kemaruk, dan sebagainya.
Menghormati Ummi Abah yang sudi mendengar, saya pula mempersiapkan diri saya untuk mendengar pandangan mereka. Begitu. Apa pun pandangan mereka dalam hal ini, saya akan dengar, analisis, bukan terus memberontak tidak puas hati.
Kerana saya faham, saya masih muda.
Perlu ada keseimbangan semangat saya, dengan hikmah yang ada pada kedua Ummi Abah saya.
Hilal Mahu Kahwin.
Semasa saya cakap fasal perkahwinan dengan Ummi dan Abah, Abah adalah yang santai. Abah sekadar cakap, saya masih muda dan orang yang saya cinta juga masih muda. Abah pesan, agar diberikan masa.
Ummi pula, lebih kepada bagaimana mahu meneruskan hidup.
Ummi ada sebut bahawa jika mahu berkahwin, sediakan terlebih dahulu RM20,000.
Dan pada masa yang lain, Ummi sebut pula RM40,000.
Saya tidak bersama dengan remaja seangkatan dengan saya, yang jika Ibu Bapa berkata demikian, maka mereka akan mengangkat dalil-dalil betapa kahwin awal adalah digalakkan, dan betapa perkahwinan sederhana adalah apa yang agama anjurkan.
Saya ketika itu, melihat pandangan Abah dan bicara Ummi, dari satu perspektif yang berbeza.
Saya tidak nampak mereka ‘menghalang’ saya mahu berkahwin.
Tetapi saya nampak, mereka sedang ‘mendidik’ saya yang mahu berkahwin.

Mabuk Cinta dan Masa.
Kita ini, bila sudah jatuh cinta, kita biasanya akan jadi ‘mereng’ sedikit. Ketika itu, rasa orang yang kita cinta itu seperti bidadari daripada syurga. Kalau yang perempuan, rasa seperti malaikat yang turun daripada langit.
Kalau yang bercouple, lagi jauhlah perginya. Hatta yang tidak bercouple, yang syok sendiri macam saya ini pun, seperti terangkat ke langit buatnya bila serius mahu mencintai seseorang.
Maka adalah relevan pesan Abah, untuk diberikan masa. Bukan semata-mata untuk saya membesar. Tetapi adalah untuk diberikan kepada akal dan jiwa saya ini ruang untuk berfikir dengan lebih panjang, dan mempertimbangkan pilihan saya.
Mahu hidup sampai mati bersama. Susah senang bersama. Sakit sihat bersama. Mentarbiyah diri bersama. Membina Ummah bersama. Maka semestinya perlukan pertimbangan. Bukan sekadar dipandu perasaan.
Ummi ada berkata kepada saya masa itu:
“Awak belum jumpa ramai orang lagi. Nanti awak jumpa ramai orang, mungkin awak berubah fikiran.”
Saya tidak memberontak dengan berkata: “Apalah Ummi, orang suka kat dia!”
Tetapi saya sekadar diam dan mengakui, ada relevannya dalam kata-kata Ummi. Benar, belum jumpa ramai orang. Saya jatuh cinta semasa saya masih tingkatan enam atas. Dalam keadaan, perempuan yang saya cintai tidak mengetahui. Sebab itu, mengambil nasihat Ummi Abah, saya berikan diri saya masa. Walaupun saya meluahkan perasaan dan hajat say akepada abang perempuan yang saya cintai, saya tahu abangnya tidak mampu membuat keputusan, menyebabkan saya rasa memberitahunya adalah keputusan yang selamat. Sekadar mahu ada keluarganya yang tahu, agar kalau ada apa-apa, boleh diberitahu kepada saya. Kalau apa-apa berlaku pada saya, berubah hajat, maka memberitahu seorang abang, tidaklah sesukar memberitahu kepada Ibu Bapa.
Saya amat sedar. Maka saya berikan diri masa.
Bila sampai ke Jordan, di situlah tapak muhasabah saya. Saya akan sembangkan perihal saya di Jordan dalam lembaran lain. Sekadar fokusnya di sini, betapa saya memandang memberikan masa kepada diri itu penting.

RM20,000. RM40,000.
Saya tidak memandang Ummi saya mata duitan. Tidak pula saya memandang Ummi saya seorang yang inginkan perkahwinan mewah. Bukan kerana itu dia sebut angka-angka tadi.
Tetapi ingin menyedarkan saya, betapa duit adalah perlu dalam kehidupan hari ini.
Ya, kahwin boleh murah-murah.
Tetapi hidup tetap mahal dan menekan. Mungkin ikut tempat. Tetapi mustahil semua mampu hidup di kampung. Tuntutan hidup akan membuatkan manusia ada yang perlu memilih untuk hidup di tengah kotaraya dan bergadang dengan segala tekanannya. Dan hidup semakin hari semakin mahal dan menekan.
Maka tanpa persediaan kewangan yang baik, tanpa usaha untuk mencapai kemampuan berdikari, adalah satu ‘terjahan’ kurang bijak bagi mereka yang menganggap cinta adalah hendak bersama ke syurga.
Ummi mahu mendidik saya agar mencapai kemampuan itu. Maka kerana itu, saya lihat dia menyebut angka-angka tersebut. Saya jadi lebih yakin kerana, Ummi ketika saya menulis artikel ini, sibuk menawarkan diri untuk menaja itu dan ini bagi majlis perkahwinan saya. Nyata, dia bukan mahu pun duit saya. Tetapi semasa saya minta untuk berkahwin, dia menyebutnya agar saya rasa keperluan untuk mencari wang sendiri. Membina kemampuan.
Ummi tidak memperlekehkan saya dengan ayat seperti: “Kau nak bagi anak orang makan apa? Pasir?” Tidak.
Tetapi Ummi memberikan saya ‘aras’. RM20,000. RM40,000. Seakan-akan, jika saya mampu capai wang itu, dia benarkan saya berkahwin. Dan itu membakar semangat saya untuk berusaha!

Remaja Hari Ini
Hari ini kita tahu bahawa hal seperti nikah khitbah, kahwin awal, majlis kahwin murah, diangkat-angkat remaja hari ini yang ingin berkahwin. Bukanlah saya mahu nyatakan semua itu salah dan tidak patut dibuat. Dari satu segi, semua itu benar.
Tetapi saya rasa, kurang sihat untuk kita angkat isu nikah khitbah, kahwin awal, majlis kahwin murah, untuk sekadar memenuhi kemaruk cinta kita. Bagi yang tidak kemaruk itu, yang benar-benar menjalani jalan cinta ini dengan baik, dan benar-benar perlu bernikah khitbah, perlu kahwin awal dan punya perancangan akannya, dan inginkanmajlis kahwin yang murah kerana ingin mengikuti anjuran Islam, itu nyata baik!
Silapnya adalah apabila kita gunakan ini semua, sebagai hendak menghalalkan ketergesaan kita dalam hal ini. Saya sepanjang menjadi penulis, orang mula mengetuk inbox saya bertanya pelbagai soalan. Antaranya, adalah remaja-remaja yang terkilan dengan Ibu Bapa mereka kerana menyatakan mereka masih muda dan tidak berduit untuk berkahwin. Mereka mula meminta saya mencari dalil-dalil, agar ibu bapa mereka membenarkan mereka berkahwin.
Saya yakin, ada sahaja Ibu Bapa yang tidak reasonable. Namun itu kita ketepikan dahulu.
Pertamanya, remaja kena tanya diri mereka, reasonablekah mereka dalam minta kahwin awal, nikah khitbah dan menggunakan alasan majlis murah dianjurkan Islam, semata-mata atas kemaruk cinta mereka? Ada perancangan tidak? Bagaimana kemampuan, usaha untuk mencari kemampuan, sudah bergerak atau tidak?
Itu perlu dilihat semula.
Saya sendiri buat kertas kerja untuk Ummi Abah saya, selepas mendengar nasihat mereka.

Tetapi Kami Telah Bercinta Lama!
Bila saya nyatakan perihal jangan tergesa-gesa, ada sebahagian remaja membalas bahawa mereka telah bercinta lama. Yang menjadi satu kehairanan saya adalah, bagaimana sudah bercinta lama, kemudian Ibu Bapa tidak membenarkan? Ibu Bapa tidak tahukah anda bercinta? Ya. Di situ satu masalah.
Remaja suka laksanakan segala perkara sendiri. Ini sebenarnya satu masalah.
Sepatutnya, semasa ada perasaan pada seseorang, sebelum cakap pada orang itu kita suka pada dia, cakap pada Ibu Bapa kita dahulu. Supaya kita ada pandangan satu lagi, untuk mengimbangi pandangan kita. Untuk benar-benar menilai, apakah benar si dia itu yang mahu kita jatuhkan hati kita kepadanya?
Ini sudah bercinta panjang, bila sampai part nak kahwin, baru nak libatkan Ibu Bapa. Bila Ibu Bapa rasa kurang senang dengan pilihan kita, kita pula marah. Sedangkan, kita yang tidak beritahu semenjak awal.
Banyak persoalan yang saya terima, semuanya tidak merujuk Ibu bapa mereka.

Takut Ibu Bapa Marah.
Ramai yang menjawab sedemikian, apabila ditanya mengapa tidak memberitahu, tidak merujuk kepada Ibu Bapa. Takut Ibu Bapa marah.
Dari satu segi, saya suka kata bahawa Ibu Bapa ini tidak akan marah tidak tentu fasal. Mungkin kita sendiri tidak buktikan diri kita bahawa kita layak untuk bercinta dan berumahtangga. Di rumah, sikap kita dengan Ibu Bapa pun tidak baik. Kita terkenal di dalam keluarga sebagai malas. Kita terkenal di dalam keluarga sebagai yang tidak pernah mengemas rumah dan ringan tulang membantu Ibu Bapa. Mungkin.
Namun untuk adil, saya juga mengakui ada sahaja Ibu Bapa yang tidak reasonable. Suka memandang rendah kepada anak-anaknya. Kemudian sibuk berkata bahawa dia lebih kenal anaknya. Merasakan dia berhak kepada segala perkara dalam hidup anaknya. Ibu Bapa yang bila si anak sudah sanggup menjadikan mereka sebagai rujukan, mereka menyindir dan merendah-rendahkan pula anak mereka.
“Hang nak bagi anak orang makan apa? Pasir?” Begitulah antara yang biasa saya dengar.
Sepatutnya, Ibu Bapa perlu memimpin anak-anak bagaimana untuk bercinta, dan bagaimana untuk berumah tangga. Bukannya mencalarkan perasaannya sedemikian rupa.
Ibu Bapa yang bersikap begini, tidak hairanlah anak-anak tidak mahu merapatinya, lantas mencari orang lain untuk mendapatkan pandangan, atau memberontak melakukan sendiri segala tindakan.
Ibu Bapa perlu bijak di dalam hal ini. Hikmah dan kebijaksanaan itu sangat penting.

Penutup: Kita dengan Ibu Bapa, Orang Tua, Perlu Kolaborasi.
Saya sentiasa memandang, bahawa orang yang benar-benar serius di dalam cintanya, pasti akan melibatkan ibu bapanya, orang tua. Sebab mereka akan sentiasa sedar bahawa, mereka secara sendirian untuk menghadapi dugaan cinta yang penuh ranjau, dan membina rumahtanga yang besar tanggungjawabnya, adalah mustahil.
Perlukan petunjuk, daripada yang berpengalaman.
Maka Ibu Bapa, orang tua, adalah antara tempat rujuk yang mesti.
Bersembanglah, beranikan diri bertanya. Ajak kepada perbincangan. Mohon pandangan.
Saya yakin, jika remaja berani melakukan sedemikian, dan Ibu Bapa berhikmah dalam menguruskan keadaan, maka pastinya perjalanan cinta di atas dunia ini akan menjadi bersih dan selamat.
Jika kecewa, ditolak dan sebagainya, Ibu Bapa ada untuk menenangkan kita. Ibu Bapa telah melihat kita berusaha. Ibu Bapa telah melihat bagaimana kita berusaha menjaga syara’ dalam cinta kita. Maka pastinya, Ibu Bapa akan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada kita. Mereka yang usaha carikan seseorang yang baik buat kita, mungkin.
Saya sentiasa positif dengan kolaborasi remaja dan orang tua ini.

Kedua-duanya pada saya, perlu saling melengkapi.
Read More »

Sunday, July 22, 2012

My dearest Muslimah


My dearest Muslimah, learn patience from Asiyah, loyalty from Khadijah, sincerity from A’ishah and steadfastness from Fatimah.

‘Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.’ [Hukama]

Abu Hurairah reported Allah's Messenger (may peace and blessing be upon him) as saying: "Verily Allah does not look to your faces and your wealth but He looks to your heart and to your deeds." (Sahih Muslim)

Allah melihat HATI kamu kerana itulah tempat paling rahsia diantara manusia.
Bila gundah, solat adalah terapi terbaik untuk mendapat kembali ketenangan.

‘Wahai Tuhan yang memegang hati ini, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu dan ketaatan kepadaMu.’

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar. (Ali-Imran:142)


"O children of Adam, we have provided you with garments to cover your bodies, as well as for luxury. But the best garment is the garment of righteousness. These are some of Allah’s signs, that they may take heed." [7:26]

"Wanita tidak seharusnya menjadi BULAN yang dapat ditatap oleh semua lelaki. Tetapi perlu menjadi MATAHARI yang silau, yang dapat menundukkan kaum Adam sebelum memandang."


Aurat itu hak Allah, bukan hak manusia. Siapa kita untuk berkata ‘belum bersedia’ atau ‘belum sampai seru’ untuk menutup aurat sedangkan arahan itu datang dari Pencipta kita?

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman , agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah nampak perhiasannya(aurat) kecuali yg biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasanya(auratnya) , kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka(anak) , atau putra-putra suami mereka , atau saudara lelaki mereka (adik beradik) atau putra-putra saudara lelaki mereka(anak buah) , atau putra-putra saudara perempuan mereka ( anak buah ) atau para perempuan sesama islam mereka , atau hamba sahaya yg mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yg tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak2 yg belum mengerti tentang aurat perempuan . Dan jangan lah mereka menghentak kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan . Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang beriman agar kamu beruntung.”



Duhai muslimah
Saat hati disapa oleh hidayahNYA, sambutlah ia dengan segera. Teruskan melangkah untuk berubah tanpa perlu mengundur lagi. Sesungguhnya pandangan Allah lebih penting daripada pandangan manusia.
Janji Allah itu pasti.

"Daripada Ummu Salamah, katanya: “Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Jawabnya Baginda SAW: “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda SAW menjawab: “Dengan solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning…” – Riwayat At-Thabrani."


Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita (isteri) yang sholehah. (HR. Muslim)
Read More »

Friday, July 20, 2012

Aku bukan seperti yang mereka pikirkan..


"Convey (knowledge) from me even if it is just one aayah" (Bukhari)

Aku mula takut bilamana ada orang kata yang diri aku tidak ada masalah, berkata aku orang baik, rajin dan apa-apa sahaja yang dikatakan baik… aku takut..kerana aku lebih tahu tentang diri aku..bagaimana orang lain boleh tahu diri orang lain…sedangkan kita belum tentu tahu sepenuhnya diri kita..mana mungkin orang lain tahu pe yang tiada pada diri kita..aku pasti ada yang lebih tahu tentang diri kita iaitu pencipta kita, Allah…

Aku takut..aku tahu..aku hanya hamba yang paling lemah dan hina.. mudah jatuh..rebah kedalam jurang dosa.. aku tidak mampu sendirian..aku takut dengan dunia yang sementara.. ya Allah engkau telah tentukan segalanya..aku pohon perlindungan dari segalanya..biarlah tiap kata, langkah, pikiran ku hanya untuk Mu..

Tidak bermakna apa yang kita tulis dalam FACEBOOK, TWITTER, BLOG, dan apa sahaja itu menandakan kita baik atau apa sahaja..boleh jadi kita hanya ingin berkongsi..mungkin kita lebih memerlukan bimbingan dari orang lain untuk mengejar syahid pada Nya, untuk jadi yang terbaik pada Allah… boleh jadi apa yang dikongsikan itu dalam laman sasawang…itulah kebaikan yang mampu dia lakukan... kerana apa yang di tulis, ilmu atau apa sahaja kebaikan atau perkongsian yang bermamfaat yang selagi mana ada orang membacanya, selagi itu di catat kebaikannya..insyaAllah…


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan." - Imam Hasan Al-Basri-

“…Allah lebh tahu dari tiap-tiap perkara…dari sekecil-kecil pekara hingga sebesar-besarnya… apa yang nyata dan apa yang terselindung…”



Aku hanya hamba yang paling hina..penuh dengan salah silap, penuh dengan dosa… diri ini perlukan bimbingan..bimbinglah aku..tegurlah aku..jaga lah aku..Sabarlah denganku biarpun payah, Tegurlah aku walaupun kerenah,Sebelum aku punah, Sebelum aku menyesal tak sudah, Sebelum aku diazab Allah..aku Cuma ingin kasih sayang dari Allah..rahmat Allah itu impian kita..moga kita suma jadi yang terbaik dalam semua pekara pada Allah..ditempatkan dalam syurga Nya… amin..


" if you want to talk to Allah, then pray.. however, when you want Allah to talk to you then read the Quran.. "

Read More »

Monday, July 16, 2012

For You.


Bismillahirrahmanirahim, In The Name of Allah , The Most Beneficent and The most Merciful, Ya Allah You are the source of peace. From you is all peace and tranquility.

Ya Allah lembutkan hati ini untuk menerima segala ketentuanMu.lembutkan hati ini,tenangkan hati ini. Berikan aku petunjuk serta jalan yang Engkau Redhai.lembutkan hati ini…….layarkan kesedihan yg sekian lama berlabuh di dalam hatiku.kuatkan hati ini, serta tingkatkan imanku.

“percayalah wahai hati , dengan mengingati Allah hatiku akan tenang.”

“Ingatlah Allah dalam hatimu,nescaya tiada duka utkmu,Ingatlah Allah dalam hatimu, nescaya musibah dunia tiada buatmu.Kelmarin Allah membantumu.Percayalah hari ini dan selamanya Allah tetap membantumu…” jadilah Hamba yg Bahagia disisi Allah.

“Maafkan orang, terlalu banyak kekurangan dan salah dalam diri orang pada dia.”



Wahai mujahidku
Tarbiyahlah aku dengan “bicara kata Ilahi”. Wahai mujahidku
Moga kau kan terima aku seadanya
Kerana aku hanya insan biasa
Yang ingin jadi luar biasa, InsyaAllah.
Akan ku usaha menjadi bidadari syurgamu di dunia
Asal kita bersama meraih cinta kepada-Nya
Kau dan aku hanya kerana-Nya
Mujahid.Kau syabab impian,seorang yg dapat memanduku sebagai bidadari di dunia juga di Firdausi,
Amarah bukan panduanmu, yang ku harap hikmah pilihanmu.
Tarbiah mengajar diri diri, nasihat, melakar potensi.
Yang tak pernah jemu menadah ilmu, tak pernah lelah melayan kitab dan buku.
Jika hidupmu dan diriku terisi , insyaAllah kita didalam RedhaNya.
Sungguhpun aku sihina,sibunga yang layu bagimu.terimalah, mekarkanlah bunga yang layu ini, agar cantik dimataNya.Semoga kita kan bertemu
Wahai mujahid sefikrah dambaanku 



-Alfieyra-


Aku serahkan segalanya padaMu. Dia adalah sebaik-baik Perancang. Doakan Allah lembutkan hatiku serta tingkatkan iman.insyaAllah amin.

Read More »

Wednesday, June 27, 2012

Waktu kita di dunia


Rasa malu.

Malu pada diri sendiri, malah lebih malu kepada Allah.

Kenapa?

Sebab aku malas.

Dan aku sungguh sungguh cemburu dengan orang yang baik.

Bagaimana mahu jadi seperti mereka?

Imannya bagaikan tidak terkacau biarpun mereka berseorangan.

Mungkin kerana aku berseorangan.

Adakah aku ini munafik?

Melakukan amalan yang banyak ketika ramai orang, dan mengurangkan amalanku apabila aku berseorangan?

Dan aku teringat kisah Hanzalah bertanya kepada Rasulullah,

“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!” lantun Hanzalah pada dirinya. Kakinya mengerah cepat ke Masjid. Nabi pasti ada disana fikirnya. Riak ketakutan dan secebis penyesalan terlukis diwajahnya.

“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!”Diulangnya beberapa kali. Sedang dalam perjalanan, Hanzalah berselisih dengan Saidina Abu Bakar As Siddiq. Saidina Abu Bakar terkejut dengan apa yang diucapkan oleh Hanzalah tersebut.

“Apakah yang telah kau katakan ini wahai Hanzalah?”  Tanya Abu Bakar

“Wahai Abu Bakr, ketahuilah Hanzalah telah menjadi munafik. Aku ketika bersama Rasulullah aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir padaku. Aku menangis kerana takutkan neraka.”

“Namun. Dirumah aku ketawa riang bersama anak-anak dan isteriku . Hilang tangis aku bersama Rasulullah.”

“Aku telah menjadi munafik!”  Ujar Hanzalah sambil teresak-esak bimbangkan akan dirinya.

Saidina Abu Bakar terkejut.

“Kalau begitu aku pun munafik. Aku pun sama denganmu wahai Hanzalah.”

Lantas, kedua-dua sahabat ini bersama-sama menemui Rasulullah. Tangisan tidak berhenti. Mereka benar-benar ketakutan. Takut pada Allah. Takut azab neraka yang sedia menunggu para munafik.

Hati mereka gementar.

Sesampainya di hadapan Rasulullah, Hanzalah bersuara.

“Wahai Rasulullah, Hanzalah telah munafik.”

Rasulullah bertanya. “Kenapa?”

“Ketika aku bersamamu ya Rasulullah, aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir. Lantas air mataku mengalir. Tapi, dirumah aku bergurau senda keriangan bersama anak-anak dan isteriku . Tidakkah aku ini seorang munafik ya Rasulullah”

Rasulullah tersenyum.

Lantas baginda bersabda,

“Demi yang jiwaku di tanganNya andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir nescaya para malaikat akan berjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)”. – HR. Muslim


Read More »

Sunday, June 17, 2012

Tips bangun sebelum awal sebelum subuh , Lets try it! Lillahitaala.


Niat sebelum tidur bahawa tidur ini adalah ibadah kerana Allah SWT. Setting diminda, bahawa kita ingin bangun awal keesokan harinya. Lebih baik sekiranya kita katakan secara terperinci tentang masa yang ingin kita bangun. Contoh : “ Esok saya akan bangun pada jam 5.30 pagi.”
                     
Biasakan diri berwudhuk sebelum melelapkan mata. Bayangkan inilah wudhuk kita yang terakhir. Kita memyempurnakan wudhuk dengan tertib, tenang dan sesempurna mungkin.

Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum tidur. Sebaiknya, solat sunat Taubat. Cantiknya, sebelum tidur kita memohon keampunan serta membersihkan diri daripada dosa-dosa dan kekotoran maksiat kita kepada Allah SWT
Gunakan alat  bantuan untuk membangkitkan kita daripada tidur. Mohon bantuan ibu bapa, adik-beradik atau kawan-kawan yang ada. Di samping itu, setkan jam loceng atau alarm telefon kita berhampiran dengan kita

Untuk bangun awal, kita perlulah tidur awal. Tidur yang secukupnya memudahkan kita untuk bangun dengan segar, ceria dan bertenaga.

Bacakan doa sebelum tidur dan bacaan Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Anas.Hembuskan bacaan tadi ditapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Mohon perlindungan dan pemeliharaan daripada Allah SWT.

Sambil berbaring sebelum terlelap, basahkan bibir dengan zikir memuji dan memuja Allah SWT. Alhamdulillah, Alhamdulilah, Alhamdulillah.

Teruskan dan ulang berkali-kali tips ini jika gagal. Peringkat awal, ia seperti sukar. Lama kelamaan ia akan berputik di hati. Kita akan biasa dengan amalan ini jika ia dilakukan terus-menerus tanpa putus asa.

Jika berjaya, syabas saya ucapkan. Sekarang cabarannya ialah untuk mengekalkan amalan ini dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Jadi bagaimana?

Perbanyakanlah berdoa, bermunajat dan merintih kepada Allah SWT agar kita sama-sama istiqamah dan konsisten dengan amalan bangun awal ini. Hasrat dan harapan kita hanya satu agar Allah SWT sayang dan redha kepada kita.

Read More »

Sunday, June 10, 2012

Jom Follow! :)

Maksiat datang dari 1001 jalan,
Iman datang pun dari 1001+++  jalan,

Persoalannya,Jalan mana yang kita nak follow?



Sabarlah denganku biarpun payah, Tegurlah aku walaupun kerenah, Sebelum aku punah, Sebelum aku menyesal tak sudah, Sebelum aku diazab Allah S.W.T…..

“Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu.”………..
Read More »

Monday, May 28, 2012

"Guide Me All The Way"


I know that You could easily
Take away every thing You’ve given me
And I try to remember
Not to take anything for granted
‘Cause I know that one day
Suddenly this will all come to an end
So my last wish is for you to be pleased with Me

Allah, Ya Allah
Guide me all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let me go astray ’cause I need you
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, oh Allah!
Be with me all the way


I know that sometime I do
I do forget that my next breath could be the last
Forgive me ’cause I cant thank you enough
Forgive me when I doubt your love
Now I pray for that day
when all this stops and comes to an end
So my last wish is for You to be pleased with me

Allah, Ya Allah
Guide me all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let me go astray ’cause I need you
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, oh Allah!
Be with me all the way

Apabila hambakU bertanya kepadamu menganai Aku
maka (beritahu kpd mereka ) sesunguhnya Aku hampir (kepada mereka) .Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. -Al-Baqarah 2:186
Read More »

Monday, May 21, 2012

"Akhirnya Allah pertemukan jua" :)


Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”

Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Read More »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...