Friday, November 28, 2014

sosok-sosok pencinta

Diantara puncak cinta pada Allah, orang yang mencintaiNya tidak kuasa melihat manusia bermaksiat dalam Hak Allah Mereka ingin semua Manusia mencintai Allah, kerana mereka tahu cinta Allah sangatlah Indah.


Cinta semakin bertambah hingga ia benar-benar menjadi Hamba, menjadi khusyuk didalam sujudnya, melakukan solat lail sampai air matanya mengalir bercucuran, kedua tangannya menengadah ke langit, merasakan gelora cinta, dekat dengan Allah.
qaf:16 ” Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. dan Kami lebih dekat dari pada urat lehernya”

Cinta Nabi Musa pada saat ia berkata:
”Dan aku bersegera (menuju) kepada-Mu, Tuhanku, agar Kau meredhaiku (Thaha:84)

Cinta Nabi Ibrahim pada saat ia berkata:
" Dan ia(Ibrahim) berkata, ‘Aku pergi pada Tuhanku, Dia akan menunjukiku' (Shaffat:99)

-Tidaklah aneh hamba mencintai Tuannya, tetapi sungguh aneh Tuan yang mencintai hambanya.

"wahai Pmbolak-balik hati, tetapkanlah hatiku dalam agama-Mu"



Read More »

Tuesday, March 18, 2014

Ilmu, Buku, Penulisan dan Siapakah yang sempurna??

Ilmu pada yang ada pada manusia ingin sekali kita kongsikan. Kita dapati, ilmu itu tidak lain tidak bukan adalah dari Allah S.W.T yang maha agung. Zaman berlalu zaman, kita dapati ilmu yang ada pada kita dikongsi, disampaikan melalaui pelbagai cara. Penulisan buku, kongsian dalam web, internet dan sebagainya, dengan pelbagai tema, pelbagai tajuk mengikut apa yang ingin disampaikan. Yang terkesan dan bekas pada hati, yang membawa perubahan pada dunia, generate capability of thinking dan lain-lain.

Method of teaching, learning, knowledge for me ada dua cara, sama ada dalam bentuk CHAIN or CIRCLE.

CHAIN (RANTAI)
Bila satu ring, bulatan disambung bulatan yang lain, kita akan nampak kelansungan dan keterusan ilmu itu. Sama seperti yang dapat disamakan bagaimana system math, angka. Suatu angka diteruskan apabila ditambah, ditolok, dikali, dibahagi, factor, function dan macam-macam lagi. Di sini kita dapati akan berlaku sama ada kekurangan, penambahan mungkin tokok tambah dan sebagainya. Begitu juga bila disampai atau di ajar secara rantaian. Kemungkinan rantai yang terakhir  atau pertengahan itu lemah, maka tidak sepenuhnya maklumat padanya, dan mungkin juga pada permulaan dimana maklumatnya tidak cukup jadi bagaimana maklumat yang ada pada yang terakhir?

CIRLCE (BULATAN)
Bulatan dalam bulatan, kita lihat, bila mana satu bulatan kecil padanya terdapat perkara sesuatu contohnya berkenana kepimpinan, perancangan, dan menguruskan maklumat. Mungkin bulatan ini didatangi  bulatan kedua yang mengelilingi bulatan seterusnya yang berkenan motivasi, dan bulatan seterusnya mengelilingi bulatan sebelumnya berkenaan principle. Dan kita lihat it is repeated supaya concentrate and focus. Maka kita lihat semua pekara ada dalam bulatan yang besar tersebut.


 Bila kita mula membaca, buku-buku tulisan manusia. kita akan lihat pada tiap-tiap buka ada theme masing-masing, ada yang motivation, science, law, horror, revenge, love, sadness, happiness dan lain-lain. Penulisan manusia tidak pernah sempurna, mungkin theme nya ini, tapi tidak terkandung dalamnya itu. Jadi bagaimana al-quran? Demi Allah tiada buku yang sesempurna selain kitab Allah.


 What the theme of QURAN?
So The theme of Quran is about Allah. Diterangkah siapakah Allah. kekuasaanNya, keagungan, keesaanNya, sifat-sifatNya, ciptaanNya, the greatness of Allah almighty dan sebagainya, Kita lihat setengah mushaf quran they highlight dengan merah perkataan Allah, Rab. kita lihat quran penuh merah. Asma ul husna juga nama-nama Allah yang agung, Al-Rahman,Al-Rahim, Al-Ghafuur, Al-hakim, As-Samii’, Al-Ahad dan lain-lain lagi nama Allah yang agung, maksud nama itu sesuai dan bertepatan dengan contoh yang diterangkan dalam ayatNya. Jadi tema quran, adalah Allah. Subhanallah. Dan Allah itu maha sempurna tiada cacat dan cela, begitu juga Al-Quran. Dalamnya, ayatnya indah disusun penuh sempurna yang indah, adakalanya diulangi berkali-kali, segala pekara di terangkan, muamalat, pernikahan perceraian, science, universe, law, story, history dan segalanya dengan sempurna, melitupi segala sesuatu langit dan bumi, sesuai selamanya, dimanapun, pada siapa pun jua, dalam keadaan apa juga, yang nyata mahu yang tersembunyi. Kita lihat bertapa sempurnanya ilmu Allah. Tidak dapat digambarkan lagi bertapa sempurnanya Al-quran kalam Allah. Itulah kebesaran Allah. Maha suci Allah yang maha sempurna. Allahuakhbar. Segala puji bagi Allah. Rab semesta alam.


"Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan hingga habis untuk dijadikan tinta, masih tak mampu nak menulis kalimah Allah. Apatah lagi ilmuNya."


Jadi ‘study’ and ‘exam’lah with the Al-quran, serta beramal dengannya. insyaAllah itulah risalah yang Allah berikan pada Rasulullah kepada kita semuanya yang bila kita berpegang dengannya insyaAllah kita tidak sesat. Berpeganglah kita dengan Al-quran dan as sunnah kerana itu sebaik-baik pegangan. Mengagungkan Allah lebih dari segalanya. Tiada yang layak di sembah selain Allah. Bagi kita tuhan yang maha sempurna yang menentukan tiap-tiap sesuatu bagi kita. Pada Allah kita meminta dan kepadanNya kita kembali.
Maha suci engkau, bagi kami tuhan yang mengambil tindakan atas dosa dan mengampunkan segala dosa, maka ampunilah kami. Kurniakan kami dengan syurga firdausMu. Amin.




Dari penulis yang tidak sempurna lagi penuh dengan cacat dan cela.

Read More »

Tuesday, October 1, 2013

Surah Al-Ikhlas

Surah ini mempunyai 4 ayat. Dinamakan Al-Ikhlas kerana surah ini sepenuhnya menegaskan kemurnian keesaan Allah s.w.t. Ianya juga menceritakan profil Allah.
Surah ini menyamai satu pertiga al-Qur’an. (Isu/konsep Aqidah Tauhid).

Isi penting surah:
Penegasan tentang kemurnian keesaan Allah s.w.t. dan menolak segala macam kemusyrikan dan menerangkan bahwa tidak ada sesuatu yang menyamai-Nya. kenapa ia dinamakan Al-Ikhlas? kerana kenalnya kita dengan Allah, membawa kepada Ikhlas (hanya kepada Allah)
Sebab turun ayat: Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa kaum musyrikin meminta penjelasan tentang sifat-sifat Allah kepada Rasulullah saw. dengan berkata: “Jelaskan kepada kami sifat-sifat Tuhanmu.” Ayat ini turun berkenaan dengan peristiwa itu sebagai tuntutan untuk menjawab permintaan kaum musyrikin.
(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah bersumber dari Ubay bin Ka’ab. Diriwayatkan pula oleh at-Tabrani dan Ibnu Jarir at-Tabari yang bersumber dari Jabir bin Abdillah dan dijadikan dalil bahwa surah ini Makkiyah. Sebahagian Ulama’ seperti Imam As-Suyuti berkata bahawa surah ini Madaniyyah sesuai dengan hadith Ibnu Abbas).



[قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ]
1. Katakanlah (wahai Muhammad): “Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.
- Allah Yang Maha Esa. Tiada Tuhan melainkan Dia. Dialah Allah yang menciptakan segala-galanya. Dialah Allah yang mengatur dan menguruskan segala-galanya. Dialah Yang Maha Esa, Yang Maha Satu, Yang Maha Tunggal, hanya Dia Pemilik dan Raja ke atas segala-galanya.
 لا إله إلا الله !
- Apabila mendapat nikmat, ketahuilah segala nikmat itu adalah daripada-Nya.. Bersyukurkah kita? 
- Apabila diuji, sedarlah segala ujian itu adalah ujian daripada-Nya. Ketahuilah, Dia tidak menguji kecuali dengan apa yang disanggupi hamba-Nya.. Bersabarkah kita?
- Ayat ini menyedarkan kita bahawa kita ini hamba-Nya dan Dia adalah Allah Tuhan yang Maha Esa, kita menyerahkan segala hanya kepada-Nya. Segala harapan, segala urusan, kita hanya bergantung kepada-Nya yang Maha Esa.
apabila diuji ingat - kembali surah Al-ankabut ayat 2, 
                            - Allah akan memberi kebaikan setelah diberikan ujian
                            - ujian yang Allah berikan sesuai dgn kemampan kita.

[اللَّهُ الصَّمَد]
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
- Segala sesuatu bergantung kepada-Nya kerana Dialah yang menciptakan segala sesuatu. Dialah al-Khaliq (الخالِق), dan selain daripada-Nya adalah makhluk (المخلوق).  
-Maka sebagai makhluk dan ciptaan-Nya kepada siapakah lagi yang layak untuk kita bergantung dan berharap? Hanya Dia Allah Tuhan yang Maha Pencipta! Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
- Setelah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa-apa pun cita-cita kita, adakah kita meletakkan sepenuh harapan kita kepada-Nya? Adakah kita percaya kepada-Nya? Adakah kita reda dengan takdir dan ketetapan-Nya? Ikhlaskah kita melakukan segala-galanya demi Dia?
- Tanda Allah SWT meredhai kita adalah dengan kita meredhai segala ketetapan-Nya.. yang baik mahupun yang buruk kerana semuanya adalah ujian dalam kehidupan di dunia yang sementara. رضيت بالله ربا (Aku redha dengan Allah sebagai Tuhan)
 وبالإسلام دينا(dan dengan Islam sebagai agama/jalan kehidupan)
 وبمحمد نبيا ورسولا(dan dengan Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul/Utusan)

[لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ]
3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan
- Ayat ini menafikan adanya Tuhan selepas Tuhan dan menafikan adanya Tuhan sebelum Tuhan, kerana Allah itu Tuhan yang Maha Esa, yang Maha Satu, yang Maha Tunggal.
- Tiada ibu bapa kepada Tuhan yang melahirkan-Nya, tiada pula anak Tuhan yang akan mewarisi, kerana Tuhan itu Maha Hidup dan tidak akan mati. Dialah Allah Yang Maha Awal dan yang Maha Akhir.
- Ayat ini membersihkan dan menyucikan sebarang keraguan dan bisikan-bisikan syaitan yang cuba meragukan manusia dengan wujudnya kemungkinan Tuhan itu beranak pinak seperti manusia dan haiwan, atau kemungkinan Tuhan itu ada ibu bapa dan keluarga.
- Ayat ini menegaskan bahawa beranak pinak dan berkeluarga itu hanyalah ciri-ciri makhluk dan Tuhan al-Khaliq (yang Maha Pencipta) tidak sama dengan makhluk-Nya.

[ِوَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ]
4. dan tidak ada sesiapapun yang sekufu/setara dengan-Nya.
- Tiada apapun yang sebanding dan setara dengan-Nya, kerana Allah ialah Tuhan yang Maha Esa. Dia langsung tidak sama seperti makhluk ciptaan-Nya. Tiada Tuhan selain Dia.
- Tiada yang lebih Pengasih atau memiliki kasih yang sama seperti kasih-Nya.
- Tiada yang lebih berkuasa atau memiliki kuasa yang sama seperti kuasa-Nya.
- Tiada yang lebih mengetahui atau memiliki pengetahuan yang sama seperti pengetahuan-Nya.
- Tiada yang lebih Adil atau memiliki keadilan yang sama seperti keadilan-Nya..
Dan begitulah seterusnya..
Apa yang kita ada, tidak terbanding dengan apa yang ada pada-Nya.
- Maka apakah perasaan seorang makhluk kepada-Nya?
Surah ini memberikan emosi/perasaan yang pelbagai kepada kita:
- Rasa tawadhu’ (rendah diri) kepada-Nya, sedar diri kita manusia pendosa yang sentiasa berharap keampunan dan rahmat-Nya..
- Rasa Izzah (harga diri) sebagai seorang Muslim, menyedari diri kita sebagai hamba Allah semata-mata membebaskan diri kita daripada kehambaan kepada selain-Nya.
- Rasa syukur dan sabar dalam setiap apa yang menimpa, baik ataupun buruk.
-Sentiasa berusaha untuk "IKHLAS” hanya kepada-Nya, sentiasa muhasabah/memperbaharui niat kita
Read More »

Friday, June 28, 2013

Mari tadabbur surah Al-Kahfi :)

Bismillahirrahmanirrahim..

Surah ini diturunkan sebelum hijrah setelah turunnya surah Al-Ghasyiyah..Surah ini mempunyai empat kisah iaitu 1;Ashabul Kahfi 2;2 pemilik kebun 3;kisah Nabi Musa dan Khidir 4; Kisah Dzur Qarnain. Oleh itu mengapakah surah ini dinamakan surah Al-Kahfi? Mengapa kita membacanya pada setiap hari Jumaat??

Keutamaan surah Al-Kahfi:

Rasulullah saw, bersabda;

"Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi mulai hari Jumaat atau pada hari jumaat, maka Allah akan memberikan cahaya kepadanya dari bawah kakinya hingga kolong langit.”

Rasulullah bersabda, ” barang siapa membaca sepuluh terakhir surah Al-Kahfi maka ia terjaga dari Dajjal."
Dalam hadis lain disebutkan, “siapa diantara kamu yang menjumpai Dajjal, maka hendaklah membacakan ayat-ayat pembuka surah Al-Kahfi." (h.r Muslim)

Mari kita merenung kisah-kisah  yang terdapat dalam surah ini.

Kisah Ashabul Kahfi

Kisah pertama mengisahkan pemuda yang beriman kepada Allah dan menyeru manusia agar beriman kepada Allah.Meskipun negeri mereka dikuasai oleh raja yang zalim dan tidak beriman.Para pemuda ini menawarkan Islam kepada penduduk negeri mereka namun mereka menolak dan menentang islam.

Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

(Mereka berkata pula sesama sendiri): “Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu? (Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.

Mereka memulakan dakwah, namun didustakan dan ditindas oleh kaumnya. Oleh kerana itu Allah memerintahkan mereka agar bersembunyi di gua..
Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatnya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna".

Allah juga memberikan mukjizat kepada mereka
Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).
Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.

Mukjizat itu diturunkan utk menjaga para pemuda itu hingga mereka bangun setelah 309 tahun.Pada saat itu mereka menyaksikan bahawa kaumnya telah beriman dan akhirnya mereka tinggal didalam penduduk yang beriman..

Kisah dua orang pemilik kebun

Kisah ini menceritakan seorang lelaki yang diberikan nikmat oleh Allah, namun ia terlupa terhadap pemberi nikmat sehingga menghina prinsip islam
Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: Dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain.
Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai.
Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: “Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai".
Dan ia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil ia berkata: “Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya.

ia telah terpedaya dengan kekayaan sehingga terlupa kembali kepada Allah..
Dan aku tidak fikir, hari kiamat kan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini.
Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!"



Kisah Nabi Musa dan Khidhr

Iaitu ketika masyarakat bertanya kepada nabi Musa " Siapakah yang paling pandai dibumi ini?" ia menjawab soalan mereka dengan menyatakan bahawa dirinyalah yang paling pandai didunia ini.Dan Allah mewahyukam kepadanya bahawa ada manusia lain yang lebih pandai drinya.Allah menyuruhnya melakuakan perjalanan ke daerah tertentu, di pertemuan dua lautan.Dan iapun memulakan perjalanan yang jauh sehingga keletihan dan saat itu dia berkata kepada muridnya
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.

Dalam perjalanan ia menemui Khidhr dan bersedia belajar kepada Khidhr

sebelum belajar Khidhr menegenakan beberapa syarat
Ia menjawab: “Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu".

dan Nabi Musa menjawab
Nabi Musa berkata: “Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".

3 peristiwa berlaku semasa proses pembelajaran nabi musa

·         1;perahu yang dilubangi oleh Khidhr kerana terdapat penguasa yg zalim

·         2;anak yang dibunuh olek khidhr keranaia kan membebani kedua org tuannya

·         3; tembok disebuah kota yang diperbaiki oleh khidhr tanpa balasan kerana menjaga harta anak yatim warisan org tuanya.

3 peristiwa ini memberi iktibar bahawa kita tidak mengetahui hikmah sesuatu kejadian..

Kisah DzurQarnain

Dzurqarnain raja yang adil dan menyebarkan kebenaran, keadilan dan kebaikan dimuka bumi. Dzurqarnain mempunyai kepakaran dalam bidang ilmu dan teknologi
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.

ia mengelilingi dunia dari timur ke barat untuk menyebarkan kebenaran hingga akhirnya tiba disuatu kaum yang hampir tidak difahami ucapan mereka
Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.
Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"

dan dzurqarnain meminta pertolongan mereka
Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

akhirnya ia membangunkan tembok Yaljuj dan makjuj yang tetap kukuh hingga kini. Hingga hari ini kita tidak ketahui kedudukan tembok itu sehinggalah terjadinya kiamat

Kaitan antara empat kisah tersebut;

kisah-kisah tersebut memberikan gambaran mengenai beberapa Fitnah utama yang dihadapi manusia dalam menjalani kehidupan.

1: FITNAH AGAMA

Dimana seseorang itu mendapat fitnah baik siksaan atau gangguan kerana berpegang teguh terhadap agama Allah sehingga ia meninggalkannya. Fitnah seperti inilah yang menimpa Ashabul Kahfi.Namun mereka terselamat dari fitnah tersebut.

2. FITNAH KEKAYAAN

Fitnah ini menimpa pemilik kebun yang tertipu oleh kekayaannya sehingga membawanya kepada kufur terhadap hari akhirat.

3.FITNAH ILMU

Dimana sesorang kagum dengan ilmunya dan menyangka tidak ada seorang pun  mengetahui seperti ia ketahui. Akibatnya ia melupakan sifat tawadhu’ atau bersusah mempelajari ilmu atau mempelajari ilmu yang tidak bermanfaat.Fitnah ini jelas didalam kisah Nabi Musa dan khidhr. Ia lengah dan berasa tidak ada seorang pun yang lebih mengetahui selainnya. dan ketika sedar ia rela belajar kepada khidhr dan bersikap tawadhu’ sbg mana murid perlu tawadhu’ terhadap gurunya.
Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?"

4.FITNAH KEKUASAAN

Seseorang yang dikurniai kemampuan hebat, pengaruh yang besar terkadang dapat menjadikan seseorang bangga dengan kekuatan dan kufur kepada Tuhannya.Maka kisah Dzurqarnain pula sebaliknya, ia merupakan pemimpin yang adil dan menyandarkan kekuatannya kepada Allah.
Ia berkata: “Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.
Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati".
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".



JUSTERU APA KAITAN FITNAH DAJJAL DENGAN 4 FITNAH INI?

Dajjal akan muncul sebelum terjadinya kiamat dengan menebarkan fitnah yang diatas.

Dia akan menfitnah manusia dengan urusan agama mereka, dengan mengajak manusia bertuhankan dia selain Allah. Ia menfitnah seperti kejadian-kejadian yang dikurniakan Allah kpdnya (spt Abu Rajab dan ibunya agar kufur kepada Allah..semoga Allah melindungi kita daripada fitnahnya) ia juga membawa fitnah kekayaan dimana ia berupaya memerintahkan langit agar menurunkan hujan kepada tanah tertentu agar subur tanaman dan berupaya mengubah padang pasir yang tandus menjadi taman yang hijau.

ia membawa fitnah ilmu, dimana ia membawa berbagai berita yang membuatkan manusia percaya mengenainya. dan Fitnah yang terakhir adalah fitnah kekuasaan yang dimana dengan kekuasaannya ia menindas dan menguasai beberapa bahagian bumi kecuali (mekah dan madinah)

inilah fitnah yang terbesar yg harus diwaspadai oleh kita. Untuk menjaga diri dari fitnah ini hendaklah kita membaca surah Al-Kahfi serta mentadabbur maknanya..
Read More »

Friday, June 21, 2013

Kerana sebuah tarbiyah

Tarbiyah adalah kekuatan yang mampu Mengubah duri jadi mawar Mengubah cuka jadi anggur Mengubah malang jadi untung Mengubah sedih jadi riang Mengubah setan jadi Nabi Mengubah iblis jadi Malaikat Mengubah sakit jadi sihat Mengubah bakhil jadi dermawan Mengubah kandang jadi taman Mengubah amarah jadi ramah Mengubah penjara jadi istana Mengubah musibah jadi muhibbah Itulah tarbiyah.

Kerana sebuah tarbiyah aku kini mampu berdiri sendiri meski seluruh dunia melawan meski setiap hati menolak aku tetap menggenggam bara api itu kerana hidupku hanyalah untukNya kerana matiku hanyalah untukNya. Kerana sebuah tarbiyah duniaku yang sempit kini bertukar menjadi seluas alam luas, seluas laut biru yang terbentang. Duniaku tak lagi kontang tanpa jirusan air yang membasahi hati menghidupkannya kerana akulah yang menjadi seperti titis-titis hujan basah itu.

Mari ingat apa yg kita ikrar pada Allah :'( siapa kita? Apa maksud Kalimah syahadah yg selalu kita ucap? Aku "bersaksi" tiada Tuhan yg disembah selain Allah.bukankah "saksi" itu tugasnya berat."renungkan" antara Hamba Dan Pencipta.  mari menanam benih utk akhirat   ;)

Read More »

Thursday, June 6, 2013

Riya'

tahukah kamu riya’ tergolong dari 3 kategori..



kata riya’ berasal drpd kata “ru’yah” yang bererti penglihatan manusia. sesuatu akan disebut riyak bila ingin dilihat manusia.

Nabi pernah bersabda ” Sesungguhnya, sesuatu yg paling aku takutkan ialah syirik kecik.” maka sahabat bertanya ” apakah itu syirik yang paling kecil?” Rasul menjawab “ Riya”…Dan Allah akan berkata pada orang yang riya’ di hari kiamat, ‘Pergilah kalian kepada org yang kalian memamerkan amalan kalian pada mereka dan apakah kalian mendapat balasan dari mereka?’” (HR. Imam Ahmad dan Al-Baihaqi)

suatu masa Nabi saw pernah ditanya “akankah umatMu melakukan kesyirikan setelahMu?” Maka, Nabi pun menjawab, Ya, Memang, umatku tidaklah akan menyembah matahari,bulan,batu ataupun patung berhala, Tetapi mereka memamerkan amalan mereka.” (HR. imam ahmad dan Al-Baihaqi)

Bentuk-bentuk Riya’ 1: Riya’ secara terang-terangan..ini adalah bentuk yang terburuk..yang membisik pada si pelaku ” lakukan amal ini hingga manusia melihatmu.”  Pelakunya hanya mahu beramal jika dilihat manusia..sebagai contoh, kita kerjakan solat di masjid dan orang sekeliling pun berkata ” alangkah khusyuknya..alangkah indahnya..alangkah teguhnya ia menghadap Allah….” saat mendengar ucapan mereka kita segera menyelesaikan solat, lalu berkata, dan aku juga melaksanakan puasa.” inilah bentuk riya’ yang nyata..

Riya’ 2 : riak yang lebih samar..ini lebih menakutkan.Ia merasakan kepenatan kerana beribadah. Kita merasa penat beribadah atau memakai tudung..kepenatan yang dibuat-buat, bukan sebenarnya. Kita katakan ” aku lelah”  ” aku banyak melakukan solat malam, semoga allah menerima amalanku dan memberi balasan..aku sungguh-sungguh penat..”

khalifah Umar saat melihat org yang menundukkan kepala- menampakkan kekhusyukan-, ia berkata “ wahai kawan khusyuk itu tidak dileher, tetapi dihati”, inilah bentuk riyak yang samar..

Riya’ 3 : yang lebih menakutkan… kita pertama kali niat kerana Allah, lalu saat dilihat oleh manusia, ia memperelokkan solat, memanjangkan dan mengencangkan kekhusyukan agar dianggap benar-benar khusyuk..bayangkan bukan ini lebih mengerikan?!

hati-hatilah disaat kita tidak khusyuk dihadapan manusia padahal kita menjadi sangat khusyuk tatkala dirumah..

tahukah kalian, ada yang lebih berbahaya..saat kita menangis sendiri dikamar, tetapi berbuat riya’..bagaimana bisa begitu? kita mengharap agar dilihat manusia.Bukankah begitu?! kita mengharap dan berkata, ” sekiranya air mata ini keluar saat aku dihadapan manusia”…

ada ulama yg berkata “ Diantara manusia ada yang menangis di hadapan manusia dan mempertahankan keikhlasannya. Tetapi, ada pula yang menangis sendirian di kamar, justeru berbuat riya’….”


SAAT TERDETIK RIYAK WALAU SEBESAR ZARAH..SEGERAHLAH ISTIGFAR KEPADANYA…
Read More »

Saturday, May 4, 2013

AL-FATIHAH :BERKOMUNIKASI DENGAN ALLAH


Bismillahirahmanirrahim.

Surah ini diturunkan sebelum Hijrah dan merupakan surah kelima diturunkan kepada Rasulullah.

Surah yang menjadi syarat sah didalam solat kita.

Rasulullah meriwayatkan dalam hadis qudsi, mengenai Surah ini.

1) Apabila hamba-Ku berkata,

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,”

maka Allah swt menjawab, “Yang hambaKu memujiku”

“Hamba-Ku  telah memulai dengan menyebut nama-Ku. Dan kerananya Aku berhak untuk menyempurnakan segala perkaranya serta memberkati seluruh keadaannya”

2) Apabila hamba-Ku berkata,

“Segala puji bagi Allah, Tuhan Alam Semesta,”

Maka Allah swt berkata, “Yang hambaKu memujiku”

“Hamba-Ku telah memuja-Ku, dia tahu bahawa nikmat yang ada di sisinya adalah dari-Ku dan bencana yang dijauhkan darinya adalah lantaran kasih sayang-Ku. Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku tambahkan nikmat-nikmat akhirat di samping nikmat-nikmat dunia dan akan Kujauhkan darinya bencana-bencana akhirat sebagaimana Kujauhkan darinya bencana-bencana di dunia. “

3) Apabila hamba-Ku berkata,

” (Allah) Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang,”

Maka Allah swt berkata,”Yang hambaKu memujiku”

“Hamba-Ku telah menyaksikan -Ku bahawa Akulah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan penuhi nasib hidupnya dengan rahmat-Ku dan akan Kukurniai hayatnya dengan pemberian-pemberian-Ku.

4) Apabila hamba-Ku berkata,

“Yang Menguasai hari Pembalasan,”

Maka Allah swt berkata,”Yang hambaKu memujiku”

“Kupersaksikan kepada kalian sebagaimana yang diakuinya bahawa Akulah yang bekuasa pada hari pembalasan itu, dan akan Kupermudah hisabnya pada hari hisab kelak serta akan Kumaafkan segala kesalahannya.



5) Apabila hamba-Ku berkata,

“Hanya Engkaulah yang aku sembah’”

Maka Allah swt berkata,”Ini antara Aku dan HambaKu dan baginya terhadap apa yang dia minta”

“Hamba-Ku benar ketika dia menyembah-Ku. Kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan berikan kepadanya ganjaran kerana ibadahnya sehingga orang-orang yang tidak sama sepertinya akan merasa iri hati kepadanya”

Apabila hamba-Ku berkata,

“dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan,”

Maka Allah swt berkata’”Ini antara Aku dan HambaKu dan baginya terhadap apa yang dia minta”

“Hamba-Ku telah meminta pertolongan dari-Ku dan kembali kepada-Ku, kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan menolongnya dalam setiap urusannya. Aku akan membantunya dalam kesulitan-kesulitannya dan akan Kuhulurkan tangan-Ku kepadanya pada saat dukanya.”

6) Apabila hamba-Ku berkata,

“Tunjukkan kepada kami akan jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat, bukannya (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.”

Maka Allah swt berkata,”Ini antara Aku dan HambaKu dan baginya terhadap apa yang dia minta”

“Bahagian ini untuk hamba-Ku. Mereka berhak mendapatkan apa yang mereka mohonkan. Aku telah kabulkan permohonan hamba-Ku, Aku telah berikan kepadanya apa yang diharapkan. Aku telah menyelamatkannya dari apa yang dia mohonkan dengan perlindungan-Ku.”

—Bila kita baca surah ni dalam setiap solat kita mesti seronokkan bila bayangkan Allah tengah menjawab apa yang kita baca..sweetnya Allah…

ada kisah Umar bin Abdul Aziz, setiap kali beliau membaca surah Al-Fatihah beliau menghayatinya ayat demi ayat dan diam sejenak  diantara ayat ke ayat, ketika ditanyakan alasannya, beliau menjawab “aku ingin menikmati jawapan TUHANKU “

seandainya ketika membaca Al-Fatihah didalam hatinya seorang merasakan bahawa Allah menjawab ayat demi ayat nescaya ia terbang kegirangan…. :’)
Read More »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...